berita

Positif Dadah & Tidak Mempunyai Lesen Memandu Yang Sah, Pemandu Bas Kini Direman

November 8th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Viral di media sosial apabila seorang penunggang motosikal maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di persimpangan Setia Triangle, Bayan Lepas, Pulau Pinang, semalam.

Menerusi laporan Berita Harian, kejadian yang berlaku pada pukul 6.30 petang itu terjadi apabila sebuah bas hilang kawalan selepas bergesel dengan sebuah kereta yang diletakkan di bahu jalan.

Meninggal dunia di tempat kejadian

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan, selepas pergeseran itu, bas berkenaan kemudiannya melanggar sebuah kereta jenis Suzuki Swift yang dipandu seorang wanita yang membawa dua orang anaknya, sebelum melanggar sebuah lagi motosikal yang diletakkan di bahu jalan.

Bas itu bagaimanapun terus bergerak sehingga ke lampu isyarat di Jalan Datuk Ismail Hasyim dan melanggar sebuah motosikal yang sedang berhenti di lampu isyarat. Perlanggaran itu terus berlaku sehingga bas itu melanggar tembok batu pagar sebuah rumah berhampiran.

Tambahnya, penunggang motosikal yang dikenali sebagai Muhammad Saifullah Muhammad Hafeiz, yang juga pekerja sambilan sebuah restoran makanan segera, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa anggota badan. Manakala, pemandu wanita tersebut dan dua anaknya kini menjalani rawatan di sebuah hospital.

Positif dadah

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, pemandu bas yang berusia 49 tahun itu didapati positif methamphetamine. Di samping itu, dia tidak mempunyai lesen memandu yang sah. Suspek kini direman oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jenazah Muhammad Saifullah yang merupakan seorang pelajar lagi, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Al-Mustaghfirin, Sungai Tiram, Bayan Lepas.

Sumber: Berita Harian & Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×