berita

Poster Mat Kilau Disunting Jadi ‘Mat Maslan’, Ini Respon Ahmad Maslan – ‘Entah Kerja Siapa’

July 1st, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan memuat naik sekeping gambar berdiri di sebelah poster filem pecah panggung Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan di akaun Instagram miliknya.

Apa yang mencuri perhatian ialah gambar tersebut telah disunting pada bahagian Dato’ Adi Putra dan nama ‘Mat Kilau’.

‘Bukan saya yang edit’

Menerusi hantaran itu, dapat dilihat gambar tersebut disunting di mana gambar asal Mat Kilau lakonan Adi Putra diubah kepada wajah Ahmad Maslan, manakala tajuk filem ‘Mat Kilau’ diubah menjadi ‘Mat Maslan’.

Dalam kapsyen perkongsiannya, Ahmad Maslan menegaskan bahawa dia tidak tahu menahu tentang siapa yang menyunting foto tersebut, serta menafikan bahawa suntingan itu dilakukannya sendiri.

Mengedit ini entah kerja siapa. Saya post di sini untuk menafikan bukan saya yang edit.

Dalam pada itu, Ahmad Maslan juga sempat memaklumkan bahawa dia sendiri telah menonton filem epik Melayu itu dan memuji karya pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof.

Apa pun, saya dah tonton Mat Kilau dengan keluarga. Filem sejarah Melayu yang paling hebat. Satu lagi ialah filem Hang Tuah lakonan P Ramlee yang berwarna juga hebat.

Untuk rekod, Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan menjadi filem epik Melayu pertama yang memecah panggung selepas berjaya mendapat kutipan sebanyak RM23.3 juta dalam seminggu ditayangkan.

Sumber: Instagram ahmad_maslan

SKIP THIS AD ×