berita

Tak Sengaja Potong ‘Anu’ Sendiri Gara-Gara Terlampau Khayal Hisap Ganja

March 2nd, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Foto: The Sun

Seorang lelaki di Jerman dengan panik menelefon perkhidmatan kecemasan setelah dia secara tidak sengaja memotong zakarnya sendiri dengan pisau lipat ketika sedang khayal disebabkan ganja.

Artikel berkaitan: Isteri Ahli Politik Didakwa Edar, Tanam Dadah Jenis Kanabis Dalam Rumah

Artikel berkaitan: Bayi Perempuan 3 Bulan Maut, Diberi Minum Susu ‘Dadah’ Ibu

Potong kemaluan sebab khayal

Sekadar Gambar Hiasan

Menurut laporan daripada The Sun, pihak kecemasan terus bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan dari lelaki tersebut. Lelaki tersebut terus dirawat di lokasi kejadian sebelum dibawa ke hospital untuk menjalani pembedahan.

Dalam pada itu, jurucakap polis Mainz turut mengesahkan kepada media tempatan bahawa lelaki itu menggunakan pisau lipat untuk memotong alat kelaminnya.

Kejadian itu berlaku kerana lelaki tersebut sedang khayal di bawah pengaruh ganja.

Ketika pemeriksaan lanjut dijalankan di rumah lelaki tersebut, pihak polis menemui alat kelamin lelaki tersebut yang telah dipotong. Selain itu, pihak polis turut menemui sejumlah dadah yang dipercayai ganja yang dihisap oleh lelaki tersebut.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut berhubung keadaan lelaki tersebut. Selain itu, tiada maklumat lanjut sama ada doktor tersebut berjaya menyambung alat kelamin lelaki itu atau sebaliknya.

Sumber: The Sun

SKIP THIS AD ×