Seorang wanita di Indonesia tergamak memotong kemaluan suaminya hanya kerana tidak mahu diceraikan.
Potong kemaluan suami
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Detik, biarpun diperlakukan sebegitu, namun mangsa, 34, tetap memaafkan perbuatan isterinya, 20, malah sanggup berbaik semula dengan wanita berkenaan.
Susulan daripada perbuatan tersebut, tertuduh telah dijatuhi hukuman penjara selama lima bulan namun mangsa meminta hakim supaya meringankan hukuman tersebut kerana dia sangat memerlukan si isteri untuk merawatnya.
Mak, saya masih perlukan rawatan. Tahun depan saya masih perlukan orang untuk menjaga saya. Saya juga sudah tidak ada keluarga di sini, di mana lagi saya harus tinggal.
Difahamkan juga, mangsa sempat melawat isterinya dipenjara sebelum masing-masing mengalirkan air mata.
Sumber: Detik