
Bagi setiap penyanyi, peluang untuk berdiri di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) pastinya membawa makna tersendiri, lebih-lebih lagi apabila ia menjadi penampilan pertama dalam pertandingan berprestij itu.
Namun, adakah kejayaan di AJL hanya boleh diukur melalui kemenangan dan kedudukan, atau bergelar finalis sahaja sudah cukup menjadi satu pencapaian besar dalam perjalanan kerjaya seseorang artis?
Artikel Berkaitan: AJL40: 8 Daripada 10 Finalis Terlibat Cipta Karya Sendiri, Apa Yang Berubah Dalam Lanskap Muzik Malaysia Hari Ini?
Artikel Berkaitan: Wani Kayrie, Ryenald Guntabid & KOI Antara 10 Lagu Mara Ke AJL40
Bersyukur Pertama Kali Sertai AJL
POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain dalam fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk sesuatu perkara dilihat dari sudut berbeza.
Menerusi segmen POV XTRA kali ini, penyanyi Ryenald Guntabid berkongsi pandangannya mengenai sejauh mana kedudukan dan kemenangan di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) penting buat seseorang penyanyi.
Bakal membuat penampilan pertamanya di pentas AJL, Ryenald mengakui peluang berada dalam kelompok 10 lagu terbaik sudah cukup menjadi satu pencapaian besar buat dirinya sebagai artis baharu.
Saya artis baru dan pertama kali masuk Anugerah Juara Lagu (AJL) dan pertama kali ditempatkan dalam top 10. Saya rasa sudah berada di sini pun saya sangat bangga dengan pencapaian ini.
Menang atau tidak, dapat trofi atau tidak, kalau saya dapat itu rezeki. Tapi untuk saya berada di pentas ini pun sudah paling membanggakan diri sendiri.
Bagi Ryenald, kemenangan sememangnya menjadi satu bonus, namun peluang untuk berdiri di pentas berprestij itu sendiri membawa makna yang lebih besar dalam perjalanan awal kerjayanya.
Pandangan tersebut sekali gus menunjukkan kejayaan di AJL tidak semestinya hanya diukur menerusi kedudukan atau trofi, sebaliknya pengiktirafan untuk berada dalam kelompok finalis juga mampu menjadi pencapaian penting buat seseorang penyanyi.
Jadi, pada pendapat anda, adakah kemenangan dan kedudukan di AJL menjadi ukuran utama kejayaan seseorang artis, atau peluang berada di pentas itu sendiri sudah cukup besar nilainya?
Dihoskan oleh Naz Rahman dan Sissy Imann, jangan lupa saksikan 10 lagu terbaik berentap di pentas AJL 40 pada Sabtu, 15 Ogos ini, menerusi TV3 dan strim secara langsung di Tonton.







![[VIDEO] Keluarga Persoal Kematian Winda Lorenza, Dakwa Ada Kesan Jahitan & Lebam Pada Jenazah](https://asset.ohbulan.com/2026/08/winda-lorenza.jpg)
