Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC) di Shah Alam, Selangor akan ditutup hari ini susulan kes positif Covid-19 yang dikenal pasti dalam kalangan petugas di PPV tersebut.
Janji temu akan dijadualkan semula
Janji temu yang telah diberikan pada hari tersebut akan dijadualkan semula kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan secepat mungkin.
Menurut Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), langkah segera penutupan selama sehari itu diambil bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan. Di samping itu, CITF juga menyarankan mereka yang hadir untuk vaksinasi di IDCC di antara 29 Jun hingga 12 Julai lalu untuk membuat penilaian kendiri dan menjalankan ujian saringan jika bergejala.
Sumber: JKJAVMY