
Dalam masyarakat Muslim, isu makan di premis tanpa sijil halal sering menimbulkan perdebatan, terutama di kawasan majoriti bukan Islam.
Artikel Berkaitan: Public Health Malaysia Kongsi Kalori & Gula Top 5 Makanan Viral – ‘Tak Hairan Angka Obesiti Makin Naik’
Artikel Berkiatan: Air Mineral Atau Air Minuman Biasa: Mana Lebih Sesuai Untuk Kesihatan Anda?
Jadi darah daging
Hal ini bukan sekadar memilih tempat makan, tetapi menyentuh tanggungjawab menjaga kesucian makanan yang menjadi darah daging.
Para ulama terdahulu ada menegaskan bahawa makanan yang dimakan bukan sahaja memberi nutrisi pada tubuh, tetapi turut mempengaruhi ketenangan hati, keberkesanan dalam doa dan keberkatan hidup.
Justeru, konsep halal tidak terhad kepada logo semata-mata, sebaliknya merangkumi keseluruhan rantaiannya, daripada sumber bahan, cara penyembelihan, kebersihan hinggalah integriti penyediaan.
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, seseorang hanya boleh makan di premis tanpa sijil halal jika dia yakin makanan tersebut bebas daripada unsur haram seperti babi, alkohol, daging tidak sembelih, atau sebarang bentuk pencemaran.
Selagi mana kesemua syarat ini diyakini terpelihara, maka makanan tersebut dihukumkan halal untuk dimakan.
Kesan penerimaan doa
Dalam Islam, mencari rezeki yang halal adalah satu kewajipan, kerana makanan haram boleh menjejaskan keberkesanan doa dan keberkatan hidup. Justeru, ianya juga berkait rapat dengan penjagaan hati dan kesucian rezeki.
Konsep halalan toyyiban menekankan makanan yang bukan sahaja halal, tetapi juga bersih, selamat dan suci.
Maka, jika restoran tersebut tidak memiliki sijil halal tetapi makanannya diyakini bersih dan bebas daripada unsur haram, ia dibolehkan. Namun jika timbul keraguan, langkah paling selamat adalah mengelak.
Konsep halal dalam Islam sebenarnya lebih luas daripada sekadar tanda atau logo pada produk.
Bagi Muslim di luar negara pula, cabarannya lebih besar. Ulama menyarankan memilih pilihan selamat seperti restoran ‘vegetarian’, makanan laut, elakkan daripada masakan beralkohol dan memeriksa label ramuan.
Namun demikian, jika wujud sebarang keraguan, langkah paling selamat ialah meninggalkannya.