Seseorang yang melakukan perniagaan pasti akan membuahkan hasil yang lumayan mengikut tahap usaha gigih yang dilakukan supaya ia berkembang maju.
Namun, apabila ia membuahkan hasil yang begitu memberangsangkan, lelaki ini menganggap bahawa sikap segelintir peniaga ini seolah-olah ‘bangga’ dengan kekayaan yang mereka miliki.
Terutamanya dalam kalangan peniaga Melayu berbanding dengan peniaga Cina. Adakah benar apa yang dikatakan oleh lelaki ini? Ikuti penjelasannya disini.
Orang kaya Melayu tipikalnya banyak rumah, banyak kereta mewah dan berbangga dengan hartanya yang melimpah ruah.
Produknya membodohkan ummah…Orang cerdik pandai tiada ruang di sisinya.
Orang Melayu asalkan kaya jual apa pun tak apa…Kaya itu utama..
Tetapi orang kaya Cina, umumnya tidak menunjuk-nunjuk harta
Semua pakar jurutera, arkitek, doktor dan pelbagai cerdik pandai bekerja dengannya.
Berusahalah untuk ummah. Jangan hanya mahu menjadi kaya
Sumber : Facebook Emran Ahmad