berita

Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia Terima Sambutan Hangat!

December 10th, 2021 | by Azyan
Kini Trending

Kredit foto: BERNAMA

Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang bermula semalam mendapat sambutan menggalakkan dari warga kota!

Orang ramai yang mula hadir seawal jam 9 pagi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) tidak melepaskan peluang menyertai pelbagai aktiviti dianjurkan.

Program AKM membuka ruang untuk masyarakat mendapat  pelbagai maklumat

Pengunjung, Nur Shahirah Atieka Kalam ‘Elmi, 28, berkata, program AKM ternyata membuka ruang untuk masyarakat mendapat maklumat mengenai kejayaan dan pencapaian dilaksanakan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, pameran daripada kementerian dan agensi berkaitan kerajaan memudahkan pengunjung mendapat maklumat yang lebih menyeluruh.

Program ini juga baik untuk rakyat berinteraksi secara langsung dengan kementerian dan agensi

Booth-booth kerajaan dan juga agensi yang dibuka membolehkan pengunjung yang hadir untuk terus mendapat maklumat yang mereka mahukan.

Mereka juga boleh mendapat maklumat terkini mengenai kejayaan yang sudah dicapai kerajaan khususnya selepas pasca pandemik Covid-19.

“Program ini juga berpotensi dilanjutkan pada masa akan datang dan diperluaskan ke negeri lain untuk mereka yang tidak berkesempatan untuk hadir tahun ini,” menurut Nur Shahirah Atieka ketika ditemui di KLCC, semalam.

Lebih 100 ruang pameran daripada kementerian, agensi dan syarikat swasta mengambil bahagian sehingga Ahad ini

Kredit Foto: BERNAMA

Kaunter bayaran saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) paling mendapat sambutan sejak jam 9 pagi.

Walaupun kebanyakkan dari mereka perlu beratur selama 2 jam untuk menyelesaikan saman mereka namun mereka berpuas hati kerana berjaya menyelesaikan tunggakkan saman mereka.

“Tawaran pengurangan saman ini memang dinantikan dan tempoh pembayaran ini diharap dapat dilanjutkan supaya lebih ramai berpeluang menyelesaikan tunggakan,” Noor Azman Md Noor, 50.

Pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai agensi di bawah tanggungjawab Menteri Tugas-Tugas Khas.

Kredit Foto: Eizairi Shamsudin/Harian Metro

Pengerusi Pameran Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Menteri) Mohd Ikhmal Abu Bakar berkata, program AKM memudahkan pengunjung mendapatkan maklumat lanjut mengenai agensi berkaitan seperti”

  • Angkatan Pertahanan Awam (APM)
  • Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma)
  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera
  • Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju)

“JPA juga menawarkan perkhidmatan memperbaharui kad pesara yang hanya boleh siap dalam tempoh lima minit. Pegawai dan kakitangan bertugas juga sentiasa bersedia berkongsi maklumat lanjut setiap agensi kepada pengunjung,” katanya.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×