berita

Program Grow To Great Bantu Realisasikan Impian & Didik 15 Pemain Cilik Mengenai Kepentingan Nutrisi

September 15th, 2022 | by Azyan
Kini Trending

Bola sepak merupakan antara sukan yang paling terkenal di dunia. Tak kiralah korang dekat kampung atau di bandar kebanyakan kanak-kanak atau orang dewasa menghabiskan masa petang dan malam untuk bermain bola sepak.

Namun, untuk kanak-kanak, mereka memerlukan tenaga serta nutrisi yang sebaiknya supaya mereka boleh kekal aktif untuk bersukan.

Oleh itu, dengan kempen PediaSure Grow to Great ™ yang dihasilkan oleh PediaSure iaitu hasil kerjasama Abbott bersama Real Madrid pada hari ini ingin membantu semua kanak-kanak dan remaja di Malaysia dalam mengejar impian bola sepak dan merealisasikan potensi pertumbuhan sebenar mereka dengan latihan serta sokongan pemakanan yang betul.

Jom tengok mereka belajar mengenai nutrisi dari Abbott dan juga bagaimana siri dokumentari ini berlangsung.

Bukan sahaja bantu mereka dengan menyediakan platform untuk berlatih, Abbott juga mendidik mereka untuk lebih memahami nutrisi yang lengkap & seimbang untuk mencapai potensi tumbesaran mereka! 

“Mendidik, menyokong, memupuk dan membangunkan kanak-kanak di seluruh dunia” merupakan misi Abbott yang ingin sebarkan ke seluruh dunia!

Abbott yang juga merupakan Rakan Kongsi Nutrisi Kesihatan Global Rasmi Real Madrid FC berkongsi matlamat yang sama iaitu untuk bantu perbaiki cara pemakanan kanak-kanak di seluruh dunia supaya mereka boleh menjadi lebih sihat dan dapat nutrisi yang sepatutnya bagi mencapai potensi maksima mereka. 

Gabungan kekuatan kolektif Abbott dan Real Madrid dapat memberikan impak yang lebih besar kepada berpuluh ribu kanak-kanak di seluruh dunia. 

Di Malaysia sahaja, 1 daripada 5 kanak-kanak mengalami masalah tumbesaran terbantut!

Kalau korang nak tahu, statistik terkini National Health and Morbidity Survey (NHMS) menunjukkan hampir 1 daripada 5  kanak-kanak di negara kita mengalami masalah tumbesaran terbantut tanpa mengira bangsa, lokasi (kawasan bandar/luar bandar) dan status sosial¹.

Masalah bantut merupakan masalah tumbersaran tubuh yang dialami oleh kanak-kanak kerana tidak mendapat nutrisi yang mencukupi. 

Kanak-kanak dan remaja perlu mendapat nutrisi yang secukupnya dan seimbang dari peringkat awal bagi mengelakkan mereka dari mempunyai saiz tubuh yang lebih kecil berbanding kanak-kanak lain. Masalah tumberasan ini boleh mengakibatkan masalah jangka masa panjang dari segi kesihatan dan juga keupayaan bekerja pada masa hadapan.  

Sebab tulah, kita tak boleh pandang remeh masalah ni! Korang tahu tak, 5 tahun pertama tu lah masa yang paling penting dalam hidup anak-anak. 

Hal ini demikian kerana, hampir 60% ketinggian fasa akhir kanak-kanak adalah pada usia ini dimana nutrisi yang seimbang memainkan peranan sebanyak 80%, manakala 20% selebihnya pula dipengaruhi oleh faktor genetik.²,³.

Program PediaSure Grow to Great™ fokus untuk mendidik bagaimana nutrisi yang lengkap & seimbang dapat membantu kanak-kanak mencapai potensi tumbesaran serta impian mereka! 

Mengandungi hanya 6 episod berdurasi selama 30 minit setiap episod, korang akan lihat sendiri perit getir yang mereka lalui untuk capai cita-cita mereka ni. 

Dengan bantuan PediaSure, mereka ni dapat memiliki kekuatan fizikal, pertumbuhan badan dan ketinggian yang sesuai dengan umur mereka. 

Sebab tu lah segala rintangan dapat diharungi dengan mudah! Nutrisi yang betul yang lengkap dan seimbang sememangnya memberi perbezaan yang ketara dalam pertumbuhan dan tumbesaran badan. 

Apa yang best mengenai program ini ialah, bukan sahaja peserta tetapi penonton terutamanya ibu bapa juga berpeluang untuk memahami bagaimana pemakanan boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi dan menyokong pertumbuhan kanak-kanak dan remaja mereka.

PediaSure juga merupakan suplemen pemakanan kanak-kanak No.1 yang disyorkan oleh pakar!*

PediaSure ialah suplemen pemakanan kanak-kanak yang lengkap dan seimbang untuk kanak-kanak berumur 1-10 tahun yang terbukti secara saintifik untuk tumbesaran 50% lebih cepat dan kurang hari sakit4.

Ia dirumus dengan 38 nutrien utama termasuk Arginina,Vitamin K2 dan Kalsium untuk menyokong tulang yang lebih panjang dan kuat5,6 dengan pre & pro-biotik untuk menyokong sistem imun.

Ia juga merupakan suplemen pemakanan kanak-kanak No.1 yang disyorkan oleh pakar untuk membantu mengejar tumbesaran*.

Selain pemakanan yang baik, mereka juga akan dilatih oleh yang terbaik iaitu bekas atlet negara kita sendiri, Rudie Ramli!

Bagi menaikkan lagi semangat mereka, PediaSure beri peluang untuk mereka dapat tips-tips bersukan dari ahli sukan sendiri. Ha, bila dapat yang sama bidang ni lagi mudah la mereka nak bantu kan? 

Mereka akan dibantu oleh bekas atlet negara, Rudie Ramli, Pemain Liga super Malaysia dan pemain veteran yang lain. 

Wahh, memang orang-orang yang tepat mereka bawakan khas untuk adik-adik kita ni! Bukan senang nak dapat nasihat dan jumpa mereka ni tau. Didikan dari mereka ni semua sangat berharga sebab lahir dari pengalaman sendiri!

Antara aktiviti mereka sepanjang program ini ialah:

Saringan kesihatan

Kesemua peserta akan menjalani saringan kesihatan dengan pakar dari PediaSure Malaysia untuk mengetahui tahap kesihatan, tumbesaran serta fizikal kanak-kanak tersebut.

Sesi Latihan

Para peserta akan melalui latihan secara berkumpulan dan juga sesi “one-to-one” dengan jurulatih dan para mentor.

Trivia health challenges

Trivia ni saja je guys nak kasi boostkan tahap keyakinan para peserta. Trivia ni juga boleh bantu mereka untuk perbaiki tahap intelektual dan fizikal mereka.

Kelas public relation dan nutrisi

Seperti yang kita tahu, para peserta bukan training je sepanjang masa, mereka juga kena faham dengan lebih mendalam kepentingan mendapat makanan yang seimbang, penuh nutrisi dan sihat.Selain itu, mereka juga perlu mempunyai personaliti dan kelakuan yang baik.

Escape room challenge

Komunikasi merupakan perkara yang penting bagi menjayakan satu-satu misi. Lagi-lagi bila bermain bola sepak ni, korang akan bermain sebagai satu kumpulan. Sebab tu lah para peserta kena lalui escape room challenge ni supaya skill tersebut dapat dipupuk antara satu sama lain.

Di akhir program ini, para peserta akan menerima pelbagai token penghargaan!

Datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan! Selain dari macam-macam ilmu yang mereka terima, mereka juga akan diberi beberapa token penghargaan!

Antaranya ialah makan tengah hari di hotel, merchandise Real Marid dan macam-macam lagi!

Jadi guys, jom sama-sama kita sokong pemain bola sepak cilik ni untuk capai impian mereka,setiap hari Sabtu, pukul 7-7.30 malam dari 27 Ogos hingga 1 Oktober!  

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman web PediaSure dekat SINI!

 

 

Rujukan:

1)    National Health and Morbidity Survey, 2019.

2)    WHO Growth Standard, 2007.

3)    Jelenkovic, A. et al. Genetic and environmental influences on height from infancy to early adulthood: An individual-based pooled analysis of 45 twin cohorts. Sci. Rep. 6, 28496; doi: 10. 1038/srep28496 (2016) 

4)    Alarcon PA, et al. Clin Pediatr (Philia). 2003;42(3):2019-17. 50% based on calculated value.

5)    Van Vught AJ et al. Br J Nutr (2013), 109, 1031-1039. Dietary arginine and linear growth: the Copenhagen school child intervention study

6)    Van Summeren MJ et al. Br J Nutr (2008), 100, 852-858. Vitamin K status is associated with childhood bone mineral content.

* Abbott Regional HCP Tracker, conducted by IQVIA in Malaysia between April and June 2021

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×