Setelah hampir setahun negara ‘berperang’ dengan pandemik Covid-19, akhirnya pada hari ini iaitu 21 Februari 2021, pesawat Airbus 330-300 yang membawa kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dipercepatkan kepada 24 Februari
Memetik laporan Berita Harian, detik bersejarah penyerahan dan penerimaan 312,390 bekalan dos vaksin itu disambut oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Malah, turut dihadiri adalah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, yang juga merupakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan Menteri Pengangkutan iaitu Wee Ka Siong.
Sementara itu, Sinar Harian melaporkan Khairy Jamaluddin menerusi sidang akhbar maya memaklumkan bahawa Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dijadualkan bermula 26 Februari (Jumaat) akan dipercepatkan bermula 24 Februari (Rabu) ini. Jelasnya lagi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah akan menjadi individu terawal menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech di klinik Kesihatan Putrajaya.
Memerlukan vaksinator
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham, pihak kerajaan memutuskan aktiviti vaksinasi ini diuruskan hospital-hospital swasta secara percuma.
Kita memerlukan vaksinator. Vaksinator ini mestilah dalam kalangan mereka yang mempunyai amalan certificate dalam perubatan. Jadi doktor, nurses, penolong pegawai perubatan itu sahaja dibenarkan termasuk doktor gigi. Kerana tidak semua orang boleh vaksinate masyarakat.
Sidang akhbar
IMUNISASI COVID-19 | Hospital Swasta Turut Terlibat Urus Vaksinasi
Kerajaan memutuskan aktiviti vaksinasi turut diuruskan hospital-hospital swasta secara percuma.
‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://t.co/ZprX5D7F6I untuk lebih banyak klip berita terkini. pic.twitter.com/l2OE1zzMPk
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) February 21, 2021
IMUNISASI COVID-19 | Skim Kesan Sampingan Vaksin Akan Diumum
Mana-mana individu yang mendapat kesan sampingan daripada suntikan vaksin akan diberi perlindungan di bawah skim yang akan umum kerajaan kelak. pic.twitter.com/B0Nc2cojFf
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) February 21, 2021
Sumber: Berita Harian, Sinar Harian, Buletin TV3