Isu mengenai masalah kesihatan dan persekitaran yang tak sihat di negara kita dikatakan semakin meningkat dan ia merupakan satu keadaan yang membimbangkan. Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah tanganinya dengan segera.
Salah satu usaha yang korang boleh buat adalah dengan menyertai mana-mana program yang dibawa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) contohnya program Madani Afiat.
Dari situ kita akan dapat manfaat yang baik mengenai kesihatan kita. Kalau korang nak tahu apa itu program Madani Afiat dan apa kebaikannya? Jom kami kongsi pandangan orang ramai mengenainya!
“Dapat tingkatkan kesedaran tentang penyakit yang semakin meningkat” – Liyana, 24
Liyana, seorang jururawat pelatih berkata program Madani Afiat ini sangat bagus dan dapat memberi manfaat buat semua golongan rakyat Malaysia dalam meningkatkan kesedaran mereka tentang penyakit yang semakin meningkat seperti kanser payudara dan juga kanser serviks.
“Orang ramai boleh dapat maklumat tentang pentingnya kesihatan mereka” – Hanifah Shahar, 38
“Saya dapati bahawa Program Madani Afiat ini sangat menarik kerana ada pelbagai pameran kesihatan yang disediakan. Antara aktiviti yang saya rasa paling menarik adalah berkaitan dengan pemeriksaan kesihatan seperti cara pemakanan, cara kita mencegah demam denggi dan banyak lagi.”
“Dari program seperti ini, orang ramai juga akan dapat mengesan penyakit mereka dengan lebih awal dan dapat maklumat tentang pentingnya kesihatan mereka.”
“Perlu ada lebih lagi program dan kempen sebegini di seluruh negara” – Satishwaran, 29
Satishwaran yang hadir dan telah sertai program Madani Afiat ini berkata bahawa mungkin program seperti ini perlu diberi lebih lagi tumpuan dan beliau menyarankan pihak KKM menjalankan lebih lagi kempen dan promosi tentang program Madani Afiat ini di seluruh negara.
Ini kerana kempen ini sangat memberi kesan positif kepada rakyat khususnya mereka yang inginkan gaya hidup yang lebih sihat.
“Boleh tingkatkan tahap kecergasan” – Alia Hanani, 17
“Saya rasa dengan program Madani Afiat dan aktiviti yang diadakan di bawah program ini boleh tingkatkan tahap kecergasan kita. Selain itu, masa yang terluang juga boleh diiisi dengan benda yang bermanfaat.
Alia juga berkata bahawa bukan setakat pemeriksaan kesihatan, malah aktiviti sukan seperti archery, E-sport dan lain-lain juga dapat memberikan kebaikan buat semua golongan yang hadir dalam program ini.
Inisiatif KKM dalam melancarkan program ini juga mampu memberikan muafakat buat penduduk setempat!
Untuk pegetahuan korang, baru-baru ini KKM telah melaksanakan program Madani Afiat dan Pelancaran Program Madani Afiat Peringkat Kebangsaan dan telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Selangor di Dewan Rakyat Batu Caves, dimana ia terpilih untuk menjadi lokasi pertama bagi program ini.
Kalau korang nak tahu, Program Madani Afiat merupakan cetusan idea YB Dr Zaliha Mustafa, yang merupakan inisiatif dari KKM untuk memberi peluang kepada pengurusan tertinggi KKM, pasukan perubatan dan masyarakat untuk terlibat dalam pengisisan bagi mendapat maklumat kesihatan, memberi kesedaran pencegahan penyakit dan merapatkan KKM dengan masyarakat.
Bersempena Sambutan Hari Denggi ASEAN yang disambut pada 15 Jun setiap tahun oleh semua negara ASEAN, Madani Adiat juga diisi dengan Program Gotong Royong Mega Perangi Aedes dan Insiatif One Hour Malaysia Clean up.
Aktiviti gotong royong bersama komuniti setempat telah dianjurkan bagi menghapuskan tempat- tempat pembiakan Aedes di kawasan sekitar rumah penduduk.
Usaha pencegahan dan kawalan denggi ini juga turut diperkasakan melalui penglibatan pasukan sukarelawan MyCHAMPION CHOMBI di seluruh negara sebagai ejen perubahan tingkahlaku masyarakat.
Ada juga pelbagai aktiviti lain yang menarik dibawah program ini!
Selain dari aktiviti gotong royong, program Madani Afiat ini juga telah dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti menarik untuk orang ramai antaranya Aktif, Saringan, Hijau, Informatif, Interaktif, HePiLI, Jualan dan Aktiviti Sukan.
Melalui aktiviti tersebut, orang ramai dapat hadir dan memeriahkan lagi program ini dan mendapat lebih pengetahuan tentang kesihatan mereka serta menjalani gaya hidup yang lebih sihat.
Bertepatan dengan nama “Afiat” yang bermaksud pulih dan sihat, KKM berharap ianya akan mencapai matlamatnya seiring dengan reformasi kesihatan yang sedang dijalankan oleh mereka.
Jadi, buat korang semua yang nak tahu lebih lanjut tentang aktiviti lain di bawah program Madani Afiat ini, boleh klik di SINI.