berita

‘Program Maksiat Tugas Kita Semua Untuk Tegur, Jangan Harapkan Ustaz Sahaja’ – PU Syed

September 11th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, Pencetus Ummah (PU) Syed dituduh ‘double standard’ apabila tidak membantah konsert-konsert penyanyi tempatan dan luar negara seperti Dewa dan Noah.

Artikel Berkaitan: Dituduh ‘Lebai’ Tak Boleh Pakai & Munafik, PU Syed Pertahan Diri Isu Konsert NOAH

Kemampuan terhad

Menerusi hantaran terbaru di Instagram (IG), PU Syed, 40, menyatakan dia tidak mempunyai kuasa untuk mengawal atau menghalang konsert daripada berlangsung dalam negara ini.

Saya nak sebut untuk adik kakak sekalian, bukan kerja saya untuk melihat setiap hari mana konsert nak dibuat di Malaysia. Itu bukan kerja saya untuk cari.

Apa yang kita maklumkan akan berlaku sesuatu perkara, kita cuba cegah tapi kemampuan kita terhad, anda semua tahu.

Siapa la kita untuk ada kuasa mencegah secara total menyekat perkara mungkar itu.

Syed turut memuat naik paparan skrin komen daripada netizen yang memintanya untuk menegur konsert Dewa yang berlangsung pada malam Jumaat, menerusi hantaran yang sama.

Jangan harap ustaz

Dalam pada itu, Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak berkata tugas mencegah kemungkaran adalah tugasan umat Islam bersama bukan terletak di bahu pendakwah sahaja.

Saya berulang kali dah sebut. Mana-mana amal perbuatan yang mungkar dan mendatangkan dosa wajib dicegah dan ditentang.

Saya tak ada kuasa, hanya mencegah melalui lisan. Tak adil kata begitu (double standard). Kalau anda tahu, anda perlu menegur dan mencegah perbuatan tersebut agar tidak berlaku.

Jangan harapkan ustaz-ustaz sahaja. Kita semua perlu ke depan dalam mencegah kemungkaran ini.

Sumber: Instagram @pusyed_official

SKIP THIS AD ×