berita

Program ‘Sekolah Pemimpin Masa Hadapan’ Ganti PLKN

December 5th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Menteri Belia dan Sukan YB Syed Saddiq telah memansuhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) beberapa bulan lalu untuk digantikan dengan program baharu.

Artikel berkaitan: PLKN, BTN Akan Dimansuhkan – Syed Saddiq

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong berkata Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan ditukarkan ke program ‘Sekolah Pemimpin Masa Hadapan’ (Malaysia Future Leaders School).

Konsep ‘summer camp’

Steven Sim memberitahu semasa menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Belanjawan 2019 bagi kementeriannya, bahawa konsep ‘summer camp’ akan diaplikasikan dalam program tersebut.

Program ‘Sekolah Pemimpin Masa Hadapan’ akan diadakan pada musim cuti sekolah dengan seramai 60, 000 belia berumur 15 hingga 17 tahun akan disaring daripada jumlah sejuta belia bersekolah.

Ia model yang berbeza daripada program PLKN sebab kita nampak ada kekurangan pada PLKN, sebab itu kita buat program baharu.

Ujar beliau lagi, pelajar akan dipilih merangkumi 60 peratus pelajar yang mempunyai pencapaian akademik dan kokurikulum yang tinggi.

Sementara 40 peratus lagi termasuk pelajar yang memerlukan perhatian dalam kalangan belia-belia berisiko.

Kerajaan akan mengadakan program tersebut di pusat-pusat milik kerajaan seperti kem PLKN yang dahulu.

ATM ambil alih sebahagian tapak

Sim berkata kebanyakan tapak PLKN tidak digunakan lagi selepas program itu dimansuhkan, merupakan hak milik swasta yang telah tamat kontrak di bawah klausa 36 kontrak-kontrak ditandatangani untuk kepentingan negara.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengambil alih sebahagian tapak milik swasta di Sarawak untuk menjadikannya Kem Rejimen Sempadan.

Berkenaan aset dan peralatan PLKN yang sebelumnya, beliau berkata kementerian bersama Jabatan Latihan Khidmat Negara akan menguruskan proses pemindahan dan pelupusannya.

Sumber: Astro Awani

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×