Kempen solat Subuh berjemaah di masjid yang dianjurkan selebriti versatil, Alif Satar dilihat bukan sahaja mendapat sambutan di dalam negara bahkan fenomena kempen berkenaan difahamkan turut mendapat sambutan luar negara.
Artikel Berkaitan: Alif Satar Mendunia, Program Subuh Macam Jumaat Turut Raih Perhatian Orang Luar Negara
Disertai ribuan warga kota Singa
View this post on Instagram
Terbaharu, negara jiran Malaysia iaitu Singapura turut menyambut baik inisiatif ini menerusi sebuah syarikat yang dikenali sebagai Al Fajr.
Menerusi video yang dimuat naik pempengaruh Singapura iaitu Don Jany, difahamkan program yang dianjurkan buat julung kalinya di Masjid Mujahidin, Singapura itu turut dihadiri oleh ribuan anak muda kota Singa serta selebriti terkenal iaitu Taufik Batisah.
Apa yang menarik perhatian ialah, kelihatan pelantun lagu ‘Usah Lepaskan’ itu berdiri di hadapan mikrofon sebelum melaungkan azan Subuh di masjid berkenaan.
Video tersebut meraih perhatian ramai yang rata-ratanya memuji keindahan serta kemerduan suara Taufik sewaktu melaungkan azan.
Warganet juga memuji Alif Satar kerana telah memulakan satu perbaharuan yang hebat dalam jiwa anak muda.
Komen netizen
Sumber: Instagram