Pada 18 dan 27 Februari yang lalu, telah berlangsungnya program Tonton Gen+ Suai Kenal Sekolah bersama SAFI Shayla yang telah berlangsung yang bertujuan untuk menghidupkan semangat murid dengan kehadiran selebriti dan pelbagai aktiviti interaktif menarik di SMK Convent (M) Kajang dan Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.
Artikel Berkaitan: Program Munch & Move Bangun Gaya Hidup Sihat Dalam Kalangan Keluarga Kurang Berkemampuan!
Semarakkan aktiviti di sekolah
Program penuh manfaat ini bukan sekadar menggegarkan dua sekolah hebat ini, malah menggabungkan hiburan dan keseronokan, ilmu dan pembelajaran, inspirasi serta keyakinan diri sekali gus telah mencipta detik manis dan memberikan pengalaman bermakna buat lebih daripada 1,000 murid yang menyertainya.
Dengan sokongan TV3, Tonton, DIDIKTV KPM, serta rakan kongsi SAFI Shayla, program ini membuktikan impaknya apabila murid-murid berpeluang mendekati selebriti kegemaran mereka dalam masa mendapat inspirasi dan motivasi untuk menonjolkan potensi sebenar mereka.
Antara barisan selebriti yang telah memeriahkan lagi program ini termasuklah Malia Baby, Imran Aqil, Nabil Aqil, Aizat Saha, Muaz Zabir, Syahir Shafein, Anim Ezati, Zarif Ghazzi, Sharul Kamal, Fitri Farok, Hakimi Noordin, Shah Sulaiman (Tapau), dan Nisa Kay yang telah menambah keceriaan dengan sesi perkongsian kisah kejayaan mereka.
Pengalaman yang mereka tempuhi sepanjang bergelar anak seni menambah keterujaan para pelajar yang dapat membantu memberikan motivasi dan pembakar semangat buat mereka.
Selain itu, murid-murid juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti Cergas+, LED Q&A, serta permainan interaktif seperti Uji Bakat Drama, Uji Bakat Berita, Mix & Match, dan Tic Tac Toe. Lebih menyeronokkan apabila penglibatan mereka diiktiraf dengan pelbagai anugerah diberikan seperti anugerah ‘Terpaling Sporting’, ‘Terpaling Heboh’, ‘Terpaling Drama’, ‘Terpaling Girl Power’, serta ‘Rambut Hijab Terpaling Slay’.
Semua murid turut menerima sijil penghargaan, manakala sekolah pula menerima plak penghargaan sebagai tanda apresiasi daripada pihak TV3, Tonton dan DIDIKTV KPM.
SAFI Shayla kongsi tips jaga rambut
Sebagai rakan kongsi utama, SAFI Shayla turut berkongsi tips penjagaan rambut melalui inisiatif ‘Sis Shay, Inspirasi Hijabi’.
Murid-murid hijabi mendapat pendedahan tentang kepentingan menjaga rambut di sebalik hijab, sekali gus meningkatkan keyakinan diri mereka.
Ini seiring dengan usaha meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan diri dalam kalangan remaja perempuan, bertepatan dengan objektif SAFI Shayla, ‘Keyakinan Bermula dari Penjagaan Diri!’.
Sementara itu, Pengarah Pemasaran Kreatif dan Komunikasi, Rangkaian Televisyen Media Prima iaitu Puan Farah Shamsudin begitu teruja apabila dapat menjayakan satu program yang dapat memberikan impak luar biasa buat murid di bangku sekolah.
Kami amat teruja dengan kejayaan program ini dan melihat sendiri impak luar biasa yang diperolehi oleh murid-murid ini, bagaimana setiap murid tampil lebih berani dan penuh keyakinan.
Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada mereka untuk mengekspresikan kreativiti, tetapi juga membantu mereka menonjolkan potensi sebenar mereka. Melalui perkongsian daripada selebriti, mereka juga mendapat panduan berharga dalam merancang kerjaya masa depan.
Kami berhasrat untuk memberi impak positif yang berterusan dalam hidup mereka dan mendorong mereka untuk terus percaya diri serta berusaha mencapai impian mereka. Terima kasih kepada pihak sekolah atas sokongan dan kerjasama yang luar biasa, serta kepada SAFI Shayla atas sokongan berterusan mereka dalam menjayakan program ini.
Tidak terhenti di dua sekolah ini, program Tonton Gen+ Suai Kenal Sekolah bakal menggegarkan beberapa buah sekolah lagi bagi menjadi pencetus semangat untuk memperkasakan generasi muda masa kini.
Dengan adanya program ini, pastinya ia berpotensi untuk memberi impak yang luar biasa dan mencetuskan perubahan positif dalam kehidupan murid-murid, seterusnya menjadi platform terbaik untuk memperkasakan bakat dan impian mereka.
Nantikan lokasi seterusnya dan sertai keseronokan bersama Tonton Gen+!