Nak ke mana pula kita kali ni? Nak pergi jauh-jauh modal pula tak berapa nak ada kan…So, kat mana lokasi yang best tapi super jimat?Ha.. Inilah masanya untuk anda semua rebut promosi ke Bangkok di laman Expedia!
Promosi Expedia kali ini gila berbaloi sebab anda boleh nikmati harga serendah RM 514/seorang dan ianya adalah termasuk tiket penerbangan pergi balik dan juga penginapan selama 3H2M!
Fuh, dah melonjak happy ni! Eh, sebelum tu jom usha apa yang menarik di Bangkok!
Ini adalah tempat yang wajib anda jejak bila di Bangkok…
Unicorn Cafe
Unicorn Cafe ni cantik gilaaa! Bagi yang bercuti bersama anak-anak, dah pasti mereka akan seronok habis kat sini. Boleh menikmati makanan yang sedap dan juga bergambar dengan Unicorn comel!
The Grand Palace
Bagi yang minat bab-bab seni bina mahupun sejarah, anda mesti datang ke The Grand Palace ni. Rekabentuknya memang unik dan kaya dengan sejarah!
Siam Paragon
Warrghh! Siam Paragon boleh dikatakan syurga membeli-belah buat wanita. Ia adalah antara shopping mall terbesar di sini. Tapi, ada juga pilihan lain untuk shopping yang lebih murah iaitu di MBK Shopping Center!
MBK Shopping Center
Di MBK Shopping Center ni pula barangannya dikatakan lebih banyak pilihan dan lebih murah. Sesuai dengan bajet yang limited!
Chao Phraya Princess Dinner Cruise
Oh ya, selain tu anda juga jangan terlepas untuk menaiki Chao Phraya Princess Dinner Cruise untuk menikmati suasana yang sangat tenang dan pemandangan yang cantik di Bangkok ni.
Pasar Terapung Damnoen Saduak
Bagi yang kaki berjalan dan kaki suka makan, wajib berkunjung ke Pasar Terapung Damnoen Saduak ni. Selain keunikannya buat urusan jual beli atas sampan, makanan kat sana memang sedap dan murah. Tak percaya, pergilah sendiri!
Jangan lupa untuk upah Tuk-Tuk bawa anda jalan-jalan tau! Mereka sangat peramah dan boleh tanya apa-apa sahaja perkara yang anda nak tahu tentang Bangkok ni.
Lepas penat berjalan, boleh lah relaks tepi kolam dekat hotel. Santai je..
Mesti dah teruja untuk menikmati percutian di Bangkok kan? Ha.. Dengan promosi Bangkok On Sale! ini anda boleh mendapatkan tawaran terhebat untuk hotel, penerbangan dan juga pakej ke Bangkok! Fuhyoo…
Hotel 3H2M bermula dengan harga RM183/malam
Pakej penerbangan + hotel untuk 3H2M bermula dengan harga RM514/seorang
Tiket penerbangan pergi balik bermula dengan harga RM580/seorang
Jadi, untuk rebut promosi super murah ini, anda perlu buat tempahan bermula daripada 4 Julai sehingga 31 Julai 2017 untuk percutian daripada 4 Julai sehingga 10 September 2017.
Nak tahu lebih lagi? Anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Bangkok on Sale! berserta terma dan syarat promosi ini di laman sesawang Expedia.
Cepat rebut sebelum kehabisan ya!