Tak dinafikan sekarang ramai yang memilih untuk membeli barang penjagaan diri seperti barangan keperluan kesihatan dan kecantikan, terutamanya di Watsons. Bila dah sampai Watsons, dari nak membeli satu barang penting je, eh mesti terbeli juga barang yang lain.
Ha..untuk yang rasa macam membazir tu, korang tak payah risau dah sebab Watsons sekarang menawarkan harga 10sen je untuk item kedua yang korang nak beli tu. Murah kan? Paling best, korang akan berpeluang memenangi something dekat Watsons ni! Nak tahu? Jom tengok dulu…
Maybelline, Silkygirl, Good Virtues, Bio-essense, dan banyak lagi yang boleh dipilih!
Banyak kan produk yang korang boleh dapatkan di Watsons ni. Dari penjagaan rambut, muka kesihatan dan kecantikan semua ada. Paling best, bagi pembelian kedua korang di Watsons, korang perlu bayar dengan harga 10sen je.
Jadi tak payah risau lah kalau rasa macam tak cukup, boleh je ambil lebih. Bukan apa, untuk keperluan diri sendiri juga kan. Harga pun berpatutan dan yang penting korang sendiri boleh berjimat.
Gayakan rambut dengan mudah dengan Pewarna Rambut Hello Bubble DIY!
Bukan tu je tau, selain dari barang jenama di atas tu, korang juga boleh gayakan rambut korang dengan dapatkan pewarna rambut dari jenama Mise En Scène yang berasal dari Korea Selatan ni! Ia menawarkan pelbagai warna yang boleh dipilih dengan harga RM43 je tau untuk yang ada kad keahlian Watsons.
Banyak khasiat tersendiri iaitu ia diformulasikan dengan bahan seperti madonna lily, lavender, dan chamomile untuk menyembuhkan dan melembabkan rambut yang rosak dan banyak lagi!
Korang juga boleh DIY dengan mudah tanpa merosakkan rambut pun. Nak tau macam mana? Jom tengok steps dekat bawah.
- Tuangkan pewarna dan ampul ke dalam bekas agen pengoksidaan
- Goncangkan bekas untuk menghasilkan buih
- Sapukan buih pada rambut korang dan biarkan selama 30 minit
- Syampu rambut, gunakan rawatan, dan pastikan rambut kering sepenuhnya
Ha senang je kan? Lepasni cantik lah rambut korang macam Blackpink! Haha.. Kalau nak tahu produk apa lagi yang best, korang boleh check it out dekat SINI. Bermula dari 29 Oktober hingga 25 November je tau!
Beli dan menang dengan guna debit dan kad ahli
Haa.. ada lagi ni! Kalau korang spend minimum RM80 untuk pembelian di Watsons pula, korang berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM350,000 tau! Yang penting kena lah guna kad debit korang semasa membuat pembayaran tu.
Kalau korang merupakan ahli Watsons pula, jangan lupa menggunakan kad ahli korang tau! Sertai je peraduan daripada mereka di SINI dan berpeluang mendapat lebih lagi hadiah menarik. Antaranya:
Hadiah utama: 1 x Nissan Almera
- Hadiah pertama: 5 x Samsung Galaxy Z Flip
- Hadiah ke-2: 10 x Samsung Galaxy S20 Ultra
- Hadiah ke-3: 10 x Samsung Galaxy Tab S7
- Hadiah ke-4: Mata Watsons bernilai 50 x RM500
- Hadiah ke-5: Mata Watsons bernilai 100 x RM250
- Hadiah saguhati: Mata Watsons bernilai 1,000 x RM100
Jangan lupa guna kad debit tau! Semakin banyak penyertaan yang korang hantar, semakin tinggi peluang korang untuk menang!
Guna Boost belanja di Watsons & nikmati rebat tunai. Wow!
Banyak betul benefit kalau berbelanja dekat Watsons ni kan? Bukan setakat promo yang ada, pulangan tunai pun dapat kalau korang beli barang guna aplikasi Boost. Cuma perlu spend minimum RM30 sebanyak dua kali je dah boleh dapat cashback RM6.
Tunggu apa lagi? Jom dapatkan tawaran menarik dan hadiah menarik di Watsons sekarang!
Di samping korang mengumpulkan mata untuk kad keahlian, korang juga dapat nikmati pelbagai kelebihan lain iaitu:
- Keahlian seumur hidup
- Insurans hayat Prudential PERCUMA dengan perlindungan COVID-19 khas
- Dapatkan 500 mata semasa pengaktifan
- Diskaun ahli – 5x lebih banyak mata semasa bulan ulang tahun korang
Tunggu apa lagi guys, layari laman web Watsons hari ini juga untuk rebut promo dan tawaran menarik dari mereka. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!