berita

‘Proses Pengebumian Di UK Tak Semudah Di Malaysia’ – Penulis Buku ‘Ulu Yam Di Liverpool’ Meninggal Dunia

July 12th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Beberapa hari lalu, peminat Liverpool di Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian Dr Nazli Noor yang juga merupakan penulis buku berjudul Ulu Yam di Liverpool.

Terbaru, isteri Allahyarham iaitu Ainon Abdullah menerusi akaun Facebook miliknya meluahkan rasa penghargaan dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu menguruskan jenazah arwah suaminya itu.

Proses pengebumian di UK tak mudah

Menerusi perkongsian Ainon Abdullah sebelum ini, difahamkan Allahyarham meninggal dunia akibat pendarahan di bahagian otaknya yang dipanggil haemorrhagic stroke. Allahyarham dikatakan telah diserang strok sehingga membuatkannya terjatuh dari kerusi. Allahyarham kemudian dibawa ke hospital menaiki ambulans.

Lebih kurang dua jam kemudian doktor call dan maklumkan ada pendarahan di bahagian otaknya. Dipanggil haemorrhagic stroke. Katanya mereka akan cuba stop the bleeding dgn memberi infusion. Infusion will bring down his BP then stop the bleeding.

Menerusi perkongsian terbaru Ainon, wanita ini meluahkan rasa syukur kepada insan yang telah membantu berurusan dengan pejabat pendaftaran dengan menyediakan paperworks dan dokumentasi selain berurusan dengan pihak masjid di UK untuk mendaftar kematian dan pengebumian Allahyarham.

Bantuan kewangan daripada orang ramai

Sementara itu, Ainon turut berterima kasih atas bantuan kewangan yang dihulurkan kepada mereka sekeluarga. Wang tersebut telah digunakan untuk membayar kos pengebumian Allahyarham yang mencecah RM16K. Allahyarham disifatkan sebagai seorang suami dan bapa yang sangat ceria, positif dan berpesonaliti besar.

Al fatihah

Semoga agar roh Mohd Nazali Bin Mohd Noor berada dalam kalangan hamba Allah yang beriman dan khusnul khatimah menjadi miliknya.

Sumber: Ainon Abdullah

SKIP THIS AD ×