Keputusan prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kes perceraian membabitkan pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah yang sepatutnya berlangsung hari ini ditangguh kepada 13 Jun 2024.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Betul Aliff Masih Curang, Bella Kena Fikir Pasal Diri Sendiri’ – Sajat
Artikel Berkaitan: Jawi Maklum Siasatan Kes Khalwat Aliff Aziz & Ruhainies Sudah Selesai
Tangguh JKP
Perkara tersebut disahkan oleh peguam yang mewakili Bella iaitu Azmi Mohd Rais ketika dihubungi OhBulan!.
Bagaimanapun, punca terperinci kes tersebut ditunda tidak diberitahu.
Mahkamah tangguh kes kepada 13 Jun 2024. Sepatutnya hari ini (Selasa) laporan JKP melainkan Aliff setuju untuk lafaz terus.
Terdahulu, Aliff dan Bella diperintah hadir bagi proses JKP di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada 4 Jun selepas aktor itu tidak bersetuju dengan permohonan cerai yang difailkan isteri atas alasan masih sayangkan keluarga.
Pada prosiding sebutan kedua permohonan cerai difailkan Bella, Aliff memberitahu, dia perlukan masa untuk berfikir sebelum membuat keputusan.
Imbas kembali, Bella memfailkan perceraian terhadap Aliff, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada 11 Mac lalu.