berita

Prototaip Roket Bawa Manusia Ke Planet Marikh Meletup Ketika Ujian Penerbangan

December 10th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Washington, Amerika Syarikat, sebuah prototaip roket Starship SpaceX yang bakal membawa manusia ke bulan dan planet Marikh, pada masa hadapan telah meletup dalam ujian penerbangan.

Menerusi laporan The New York Times, kejadian itu berlaku apabila prototaip itu cuba mendarat di tapak ujian di Boca Chica, Texas.

Setinggi bangunan 16 tingkat

Menurut laporan tersebut, prototaip pandu diri itu adalah setinggi bangunan 16 tingkat dan ianya telah dibangunkan oleh biilonaire Elon Musk. Starship SpaceX  tersebut juga merupakan inisiatif swasta bagi membolehkan misi membawa manusia dan kargo seberat 100 tan ke bulan dan planet Marikh, pada masa hadapan.

Sebelum ini, seorang billionaire Jepun, Yusaku Maezawa dipercayai akan membayar sejumlah bayaran untuk menyertai misi dengan roket Starship itu bagi mengelilingi bulan pada 2023.

Dijangka bawa 100 penumpang

Pada awal tahun ini, Elon Musk telah mendedahkan rupa sebenar SpaceX Starship yang sememangnya menepati ilustrasi pelan rekaan menerusi akaun Twitternya. Impian Elon untuk menambah tingkap pada rekaan Starship tersebut juga menjadi kenyataan.

Menurut Elon, prototaip SpaceX Starship tersebut sudah bersedia untuk dilancarkan dalam tempoh masa terdekat. Netizen turut memberikan komen bahawa rupa bentuk luaran Starship tersebut sama sahaja seperti rekaan sekitar tahun 1950-an dengan bentuk bullet dan mempunyai 3 sayap di bahagian bawah. Ujar Elon Musk lagi, Starship tersebut berukuran 30 kaki lebar dan diperbuat sepenuhnya dengan besi tahan karat. Seramai 100 orang penumpang dijangka akan menaiki Starship tersebut ketika ianya dilancarkan.

Sumber: The New York Times & Elon Musk

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×