Pelakon, Azhar Sulaiman menggesa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berundur dan meletak jawatan susulan kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Strategi dan percaturan silap
Menerusi satu hantaran di media sosial, Azhar Sulaiman berharap Zahid Hamidi bertanggungjawab atas kekalahan yang berlaku semalam. Tambah Azhar, Zahid perlu melepaskan jawatannya sebagai presiden UMNO.
Salam Datuk Seri Zahid Hamidi, saya ni sebagai ahli kepada UMNO memohon supaya Datuk Seri untuk bertanggungjawab kerana BN kecundang teruk di PRU yang ke-15 ini. Ianya juga adil untuk memohon supaya Datuk Seri turun dari presiden parti UMNO. Ini kerana strategi dan percaturan Datuk Seri telah tersilap sampaikan kita telah kecundang teruk terutama dari persepsi. Siapa dengan saya angkat tangan.
Menerusi laporan Sinar Harian, Zahid Hamidi berkata Barisan Nasional menerima dan menghormati keputusan rakyat dalam keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Ujar Zahid lagi, keputusan PRU15 ini merupakan isyarat besar yang diberikan oleh rakyat terhadap parti itu.
Namun begitu BN akan terus komited memberi sumbangan dalam melihat sebuah kerajaan yang stabil dapat diwujudkan. Kami bersedia mengetepikan perbezaan sentimen kami sebelum ini.
Sumber: Azhar Sulaiman & Sinar Harian