Belum sampai 24 jam menjadi calon bertanding di Parlimen Larut, pendakwah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim membuat keputusan untuk menarik diri daripada bertanding Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Artikel Berkaitan: PRU15: Ustaz Kazim Bertanding Di Parlimen Larut
Artikel Berkaitan: PRU15: Ustaz Kazim Tarik Diri Daripada Bertanding Di Parlimen Larut
Sayangi pahala
Menerusi hantaran terbaru di Instagram (IG), Ustaz Kazim tidak melatah dengan kecaman dan kutukan daripada orang ramai selepas diumumkan menjadi calon Parlimen Larut.
Sebaliknya, dalam kapsyen ringkas, Ustaz Kazim meluahkan rasa syukur dan berterima kasih.
Alhamdulillah. Semoga kutukan cercaan hinaan bertukar menjadi pahala. Terima kasih. Sayangilah pahala anda.
Pelbagai reaksi netizen
Berdasarkan pemerhatian OhBulan!, rata-rata warganet gembira dengan keputusan Ustaz Kazim menarik diri dan digantikan dengan Ketua PeneranganPemuda Umno Bahagian Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud.
Namun, ada juga segelintir yang memandang positif dengan menekankan kepentingan ahli agama dalam dunia politik.
Pada malam Selasa, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan senarai penuh calon-calon Parlimen Barisan Nasional (BN) bagi PRU15.
Sumber: Instagram @datoustazkazimelias