berita

[VIDEO] ‘Saya Tidak Dibenarkan Menyampaikan Kuliah, Jadi Saya Ambil Keputusan Tidak Lagi Mengajar di Pulau Pinang’ – Ustaz Kazim Elias

October 30th, 2023 | by Alia
Kini Trending

ustaz kazim kuliah

Foto: Harian Metro

Pendakwah bebas, Ustaz Datuk Mohd Kazim Elias memaklumkan bahawa dia telah menerima arahan iaitu tidak dibenarkan untuk meneruskan kuliah di Pulau Pinang.

Ustaz Kazim memberitahu perkara tersebut ketika menghadiri ke Masjid Al-Ittifaq Sungai Nibong Kecil pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Segala Bil Surau Kampung Dia Yang Bayar’ – Ustaz Kazim Elias Dedah Kebaikan Pelawak Asal Johor, Ramai Petik Nama Jep

Artikel Berkaitan: Ustaz Azhar Idrus Tidak Memiliki Tauliah Mengajar

Akur dengan arahan

ustaz kazim kuliah

Memetik laporan Berita Harian, Pengerusi Al-Ittifaq Sungai Nibong Kecil iaitu Jaafar Talib mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan bahawa Ustaz Kazim telah pun menerima arahan itu terlebih dahulu.

Bagaimanapun, pihak masjid dan juga Ustaz Kazim memilih untuk tetap patuh terhadap keputusan itu.

Ustaz sudah datang, tetapi tidak dibenar menyampaikan kuliah. Beliau sering dijemput ke masjid ini bagi pengajaran agama selain membeli kuliah dan ceramah.

Pada mulanya, saya sangka arahan ini adalah bagi masjid ini sahaja, rupa-rupanya untuk seluruh Pulau Pinang.

Beliau juga pernah tidak dibenar mengadakan kuliah atau ceramah di negeri ini pada April lalu.

Menerusi sebuah video tular di media sosial, Ustaz Kazim dilihat akur dengan arahan yang telah dikeluarkan dan tampil membuat pengumuman di masjid tersebut.

Kuliah ditangguhkan sebab saya tidak dibenarkan menyampaikan kuliah, jadi saya ambil keputusan tidak lagi mengajar di Pulau Pinang bermula hari ini (Sabtu).

Ini adalah pertemuan terakhir dengan tuan-tuan jadi saya datang ke sini bukan untuk beri kuliah, tetapi nak sampaikan ucapan terima kasih kepada pihak masjid kerana sudi menjemput saya menyampaikan kuliah.

Begitu juga kepada semua (pengurusan) masjid dan surau yang jemput saya selama 33 tahun menyampaikan ceramah di Pulau Pinang sehinggalah pada bulan empat (April) lalu.

Dalam pada itu, penceramah bebas berusia 50 tahun ini turut mengambil kesempatan mengucapkan penghargaannya kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan Pejabat Mufti Pulau Pinang.

Jadi, semua program bermula malam ini sehingga bila-bila, saya tidak lagi terima sebarang jemputan di Pulau Pinang kerana mematuhi arahan ini.

Insyaallah, mungkin kita dapat ikuti kuliah lagi dalam platform yang lain.

@moga_memberi_manfaat

Allahumma Sholli Ala Sayyidina Muhammad #ustazkazimelias #jaip #usrah #mogamemberimanfaat

? Tawhid Song – Army of Mahdi ??? ?????? – Nasheeds

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×