Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November ini (Sabtu) sebagai hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Artikel Berkaitan: PRU15: Ustaz Kazim Bertanding Di Parlimen Larut
Undi pos dah tutup
Penyanyi Nourul Depp meluahkan rasa ralat apabila terlepas tarikh untuk tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Nourul, 45, yang kini menetap di Bali, Indonesia akui terlupa untuk daftar membuat undi pos.
Bila kau dah lambat nak apply undi pos. Maafkan ku. Bila tarikh tutup daftar undi pos ek? Lupa.
Perkongsian itu dibuat menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya, pada Selasa.
Selain itu, pelantun lagu Ikhlasnya Cintaku turut meminta pertolongan daripada SPR sekiranya ada jalan penyelesaian lain.
Rugi satu undi
Di ruangan komen, rata-rata warganet menyarankan pemilik nama Noorul Huda Abdul Wahab untuk pulang ke tanah air tercinta bagi buang undi. Kata mereka, setiap satu undi amat berharga kepada negara.
Sumber: Instagram @nouruldepp