Pelakon yang sedang meningkat naik, Sharifah Rose menyuarakan hasratnya mahu memilih calon yang mampu menyelesaikan masalah banjir di Selangor.
Artikel Berkaitan: PRU15: Wani Kayrie Harap Bakal Pemerintah Berlaku Adil, Layan Semua Sama Rata
Artikel Berkaitan: PRU15: Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Zul Huzaimy
Artikel Berkaitan: PRU15: Zul Huzaimy Mohon Maaf, Nafi Terlalu Ekstrem Buat Kenyataan Kontroversi
Masalah banjir
Sharifah Rose yang bakal menjalankan tanggungjawab buat kali pertama sebagai pengundi memaklumkan undinya adalah untuk wakil rakyat yang berjaya menyelesaikan masalah banjir di Selangor.
Saya akan undi calon yang memberi manfaat kepada anak-anak muda dan juga kawasan Selangor. Yelah, kawasan rumah saya (Seksyen 13, Shah Alam) selalu banjir.
Jadi, saya nak cari (undi) siapa yang boleh selesaikan masalah tersebut. Kawasan rumah saya memang selalu banjir.
Menurut pelakon berusia 24 tahun ini, perkara tersebut merupakan kriteria penting baginya untuk memilih wakil rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 yang bakal berlangsung Sabtu ini. Tambahan pula, dia akan mengundi bagi kerusi Parlimen Shah Alam (P108). Sebagai anak muda, Sharifah Rose mengaku dia agak gementar namun tetap bersemangat untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Rasa bersemangat dan juga gementar sebab ini pertama kali saya akan mengundi. Tak tahu proses macam mana apa semua. Banyak lagi perihal yang saya tak pasti tentang mengundi.
Sumber: Kosmo