Pelakon, Zul Huzaimy tampil membuat permohonan maaf secara terbuka hari ini, berhubung kenyataannya yang telah disalah anggap oleh ramai pihak dan dipercayai berbaur ekstrem.
Artikel Berkaitan: PRU15: Eizlan Yusof & Ahmad Idham Jadi Calon GTA
Artikel Berkaitan: PRU15: Lando Zawawi Sah Calon GTA Tanjong Karang
Berniat mahu menyembelih orang bukan Islam?
Menerusi satu perkongsian video di Instagram, Zul Huzaimy atau lebih dikenali sebagai Spark telah memohon maaf gara-gara satu kenyataannya yang didakwa berniat mahu menyembelih orang bukan Islam dalam satu ceramah di Kemaman, Terengganu pada 4 November lalu.
Dalam pada itu, dia juga menafikan dakwaan dirinya bersikap ekstrem hingga membuat kenyataan tersebut sebaliknya meminta orang ramai untuk mendengar semula video penuh ceramah terbabit kerana penerangannya lebih terperinci.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia, mungkin sudah tersalah anggap dengan apa yang saya ucapkan dalam klip yang telah diedit oleh seseorang yang mana mengatakan saya ini terlalu ekstrem hingga mahu menyembelih orang bukan Islam di Malaysia.
Jangan salah anggap hanya berdasarkan klip video yang pendek itu kerana ia menggambarkan kenyataan yang kurang tepat.
Dalam video berdurasi tiga minit, 21 saat itu juga, Zul memaklumkan dia juga ada bersahabat pelbagai kaum lain termasuk Cina, India dan Sikh, namun apa yang dimaksudkan adalah golongan yang sengaja memanaskan keadaan dan mencetuskan kebencian terhadap agama Islam.
Lantaran itu, pelakon berusia 43 tahun ini berharap kenyataannya yang disiarkan dalam klip video itu tidak lagi disensasikan dan ditafsirkan sebagai ucapan yang berunsurkan ekstremisme.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram