Nama Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjadi sebutan ramai berikutan diminta berundur gara-gara kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), semalam (Sabtu).
Artikel Berkaitan: PRU15: ‘Penghormatan Terbesar Dalam Hidup Saya Berkhidmat Sebagai Menteri Kesihatan’ – Khairy Jamaluddin
Pilih tutup mulut
Anak kepada Ahmad Zahid iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai tuntutan kepada bapanya untuk bertanggungjawab atas kekalahan teruk BN.
Kata Nurulhidayah, semua orang berhak untuk bersuara namun dia memilih kekal tenang dan berlapang dada.
Saya lebih selesa tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh menyakitkan hati sesiapa. Semua ada hak untuk menyuarakan pendapat masing-masing.
Saya memilih untuk kekal tenang dan berlapang dada. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian.
Allah sebaik perancang
Dalam pada itu, Nurulhidayah turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu yang sukarela membantu berkempen di Bagan Datuk.
Katanya, kemenangan Ahmad Zahid dengan majoriti tipis iaitu 348 undi adalah hasil daripada usaha dan keyakinan yang diletakkan.
Pada PRU-15, BN hanya memenangi 30 daripada 178 kerusi Parlimen yang ditandingi selain Perikatan Nasional menyapu bersih kerusi Parlimen di Terengganu dan Kelantan, berbanding 79 kerusi dimenangi pada PRU-14.
Sumber: Instagram @nurul.zahid