berita

PS5 & Apple Airpods Untuk Dimenangi Bila Korang Join Contest Dari Tic Tac Ni!

May 5th, 2021 | by Syakilla Marzuki
Kini Trendy

Korang mesti pernah makan Tic Tac kan? Alaaa gula gula yang famous dan dengan macam-macam perisa tu. Ada Mint, Orange, Spearmint, dan Strawberry. Bukan setakat kanak-kanak je tau yang suka, orang dewasa pun suka!

Bila makan selalu pun rasa segar je. Apa yang special nya tentang Tic Tac ni adalah kerana cara yang dihasilkan tu memerlukan masa lebih dari 24 jam tau untuk menghasilkan 100 lapisan bagi mengekalkan rasanya yang sedap dan segar tu. 

Ha…paling bestnya, sekarang mereka ada buat contest Tic Tac & Play tau dan korang semua pun boleh sertai peraduan ni. Lagipun, dengar cerita hadiah yang ditawarkan pun menarik juga! Antaranya adalah  Sony PlayStation5 atau Apple Airpods. Wow!

Korang nak join tak? Ha jom kita tengok macam mana caranya.

Beli & tunjuk kan kreativiti korang!

Tic Tac & Play adalah satu game yang memerlukan kreativiti korang dalam melengkapkan ayat. Contohnya macam “Tic Tac sangat menyegarkan dan …. “. Ha lepas tu korang sambung je ayat tu sampai habis. Kalau korang dapat reka ayat paling kreatif, korang ada peluang lah untuk menang!

Apa yang korang perlu buat untuk sertai dan menang game ni adalah dengan membuat pembelian Tic Tac dimana mana kedai dan lengkapkan ayat yang diberi dengan kreativiti korang tersendiri.

Nak senang faham, korang ikut je steps dekat bawah ni:

  1. Buat pembelian Tic Tac 14.5g dengan pelbagai perisa. Antara perisa yang ada seperti Mint, Orange, Spearmint, dan Strawberry.
  2. Muat naik resit pembelian korang dengan details yang lengkap. Satu resit unik akan mendapat satu peluang bermain.
  3. Boleh mula bermain game ” Lengkapkan ayat” dari Tic Tac dan peserta yang kreatif akan berpeluang untuk memenangi PS5, Apple Airpods.

Tapi perlu diingatkan ya, bagi peserta yang menghantar penyertaan dalam resit yang sama akan hilang kelayakan korang secara automatik. 

Pemenang akan diumumkan pada setiap minggu

Kalau korang nak join contest ni, pastikan korang membuat pembelian Tic Tac dengan sebanyak mungkin tau! Lepastu, muat naik je resit pembelian korang tu untuk mendapatkan peluang bermain game Tic Tac & Play.

Untuk pengetahuan korang, contest ini bermula dari 19 April sehingga 25 Jun 2021, dan pemenang kreatif akan diumumkan pada setiap minggu menerusi laman web Tic Tac. Ha…kalau nak tahu korang menang ke tak, nanti korang boleh check it out je dekat situ.

Jangan risau, kalau tak dapat peluang pada minggu ni, korang boleh terus cuba pada minggu yang seterusnya. Jadi, jangan lupa untuk cuba dan fikirkan ayat yang menarik mengikut kreativiti korang untuk memenangi hadiah-hadiah yang gempak ni!

Tunggu apa lagi? Jom lah join sekarang!

Ha… korang taknak ke hadiah PS5 dengan Apple Airpods ni? Memang rugi weh kalau korang tak join! Tengah musim pandemik macam sekarang ni, atleast boleh lah luangkan sedikit masa untuk salurkan kreativiti dan imaginasi korang menerusi peraduan yang best macam ni kan?

Sambil korang fikirkan ayat yang kreatif tu, jangan lupa nikmati Tic Tac dengan pelbagai perisa ni. Barulah segar!

Untuk ketahui lebih lanjut, korang boleh layari laman web Tic Tac  atau Facebook mereka sekarang. Ia juga tertakluk kepada terma dan syarat ya. Jadi, tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang korang!

SKIP THIS AD ×