berita

PSY Kekalkan Nasionalisme, Berbahasa Korea Di MTV VMA

September 7th, 2012 | by Ai
Hollywood

Walaupun sudah berada jauh dari tanahair sendiri, Psy atau nama sebenarnya Park Jae-Sang masih lagi mengekalkan semangat nasionalisme dalam dirinya.

Ketika dijemput untuk membuat persembahan di MTV Video Music Awards ( MTV VMA), Psy tidak takut dan dengan selamba menjawab soalan yang ditanya menggunakan bahasa Korea.

Ketika diajukan soalan oleh MC Kevin Hart dalam bahasa Inggeris, “Psy, awak ditonton lebih dari 100 juta kali di YouTube, bagaimana rasanya?”

Kemudian dijawab oleh Psy dalam bahasa Korea, “Luar biasa dan saya sangat bahagia. Sekali ini, saya ingin bercakap dalam bahasa Korea di sini. Luar biasa kan?”

Untuk pengetahuan, Psy bukan tidak tahu berbahasa Inggeris. Dia pernah menjalani pengajian di Universiti Boston dan Berklee College of Music.

SKIP THIS AD ×