berita

Psy Lancar Single Baru, Bakal Ada Tarian Pelik Lagi?

April 4th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2013-04-04 at 11.32.55 AM

Berjaya mencuri hati penonton muzik video “Oppa Gangnam Style” dengan tarian kuda dari seluruh dunia, kini Psy bakal muncul dengan single baru berjudul “Gentleman”.

Syarikat yang menguruskan Psy iaitu YG Entertainment memberitahu, single terbaru penyanyi yang berasal dari Korea ini bakal mencetuskan fenomena sekali lagi. Tidak dapat dipastikan apakah kejutan yang bakal diberikan kerana ia dijadual akan dilancarkan secara rasmi pada 13 April nanti, kurang dua minggu dari sekarang.

Melalui video temuramah diantara Psy dan sebuah stesen TV di Korea, penyanyi sensasi ini memberitahu single terbarunya masih lagi dalam proses rakaman. Dia juga memberitahu elemen tarian yang diselitkan adalah tarian yang sudah diketahui oleh rakyat Korea namun ia telah diubahsuai mengikut gaya Psy.

Persoalannya, mampukah lagu “Gentleman” memberikan satu lagi impak kepada penduduk diseluruh dunia selepas ini? Adakah ia mampu mencatat jumlah tontonan di laman Youtube melebihi 1 billion seperti yang direkodkan oleh muzik video “Oppa Gangnam Style” sebelum ini? Mesti ramai yang sudah tidak sabar kan?

Namun dalam kesibukan peminat menanti single terbaru Psy, nampaknya ada individu yang tidak berpuas hati dengan Psy. Apatah lagi selepas mendengar berita penyanyi Korea ini bakal muncul dengan single baru. Mari kita tonton video selepas ini. Haha!

SKIP THIS AD ×