berita

PSY Kini Sebaris Justin Bieber, Ikat Kontrak Bersama Island Agency

September 4th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Hampir 2 bulan yang lepas, Psy hanyalah artis yang berasal dari Korea. Kemunculan muzik video Oppa Gangnam Style telah merubah segalanya.

Tarian “kuda” ini telah menjadi ikutan ramai dan mencatat lebih 90 juta jumlah tontonan selepas hampir 2 bulan dimuat-naik ke laman Youtube. Hari ini (4 September), Psy secara rasminya telah mengikat kontrak bersama Island Agency, sebuah label yang turut mengikat Justin Bieber dan Jennifer Lopez dibawah mereka.

Menurut wakil Psy, “Psy telah menandatangani kontrak bersama Island Record untuk mengurus perjalanan Psy diseluruh dunia.”

Menerusi laporan AllKpop lagi, Psy akan turut membuat persembahan di MTV VMA (Video Music Awards) yang akan berlangsung pada 6 September ini.

SKIP THIS AD ×