berita

Gangnam Parody : Youtube Lancarkan Video “Rewind Youtube Style”!

December 19th, 2012 | by Ai
Video Popular

Memang tak dinafikan terdapat beribu-ribu video parodi “Oppa Gangnam Style”. Tapi, tahukah anda bahawa laman Youtube telah menghasilkan sebuah lagi video parodi bertajuk “Rewind Youtube Style”?

Video berdurasi 4.15 minit ini telah menggabungkan pelbagai watak dan juga video-video popular sepanjang tahun 2012. Tak cukup disitu, pihak Youtube juga telah memanggil sendiri pengguna-pengguna Youtube yang popular untuk membintangi video parodi ini. Apa yang lebih menarik, lagu “Oppa Gangnam Style” turut di-remix semula bersama lagu Carly Rae Jepsen, “Call Me Maybe”.

Sehingga kini, video ini yang baru dimuat-naik ke laman Youtube semalam telah mencatat lebih 13 juta jumlah tontonan. Jadi, apa kata anda pula tonton?

SKIP THIS AD ×