Susulan dakwaan Hana Azraa di Instagram (IG) pada Ahad, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan tampil mengeluarkan kenyataan di akaun media sosialnya.
Artikel Berkaitan: Hana Azraa Dakwa PU Abu ‘Gila Talak’, Tidak Teragak Nak ‘Spill The Tea’ Pasal Dua Ahli Syurga – ‘Tadi Dia Ada Bawah Hotel Saya’
Nak fokus kerja
Menerusi Instagram Stories, Abu menyatakan dia memilih untuk tidak mengulas kontroversi yang timbul daripada Hana. Kata Abu, 29, dia memilih untuk memberi fokus kepada tuntutan kerja dan difahamkan kini berada di Madinah.
Maaf ya semua. Saya akan terus berdiam untuk semua ini. Sebab saya tahu kedua-dua mereka. Nak fokus kerja.
Pemilik nama Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi turut menegaskan konflik antara dirinya dan Hana sama sekali tidak melibatkan isterinya, Ain Afini.
Cuma dalam hal ini Ain Afini langsung tak terlibat sebenarnya. Ini antara saya dan Hana Azraa sahaja. Doakan dengan doa yang baik-baik.
Terpaksa padam
Dalam pada itu, menerusi hantaran berbeza, Abu menyatakan dia terpaksa memadam entri yang pernah dimuat naik kerana seakan seperti membuka aib.
Pada Ahad lalu, Hana mendedahkan kiriman mesej yang dipercayai dihantar oleh Abu. Dakwa Hana, Abu masih menganggu kehidupannya malah menyuarakan hasrat untuk kembali bersama.
Terdahulu, Abu dan Hana berkahwin dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Mateen pada 1 Februari 2020.
Pada April 2019, Abu jadi perhatian warganet kerana berkahwin lain ketika Ain sarat hamil.
Hana dikatakan punca sehingga konflik tercetus di antara Abu dan Ain selesai pada 16 Mei tahun lalu apabila bercerai talak kedua dan kemudiannya rujuk semula.
Hasil perkahwinan hidup Abu dan Ain, mereka dikurniakan dua cahaya mata. Menurut Abu, Ain kini sedang hamil anak ketiga.
Sumber: Instagram