berita

PU Abu Positif Covid-19

July 18th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan berkongsi kisah duka apabila ayah tersayang dijangkiti Covid-19. Terbaru, PU Abu memaklumkan kepada umum bahawa dirinya disahkan positif Covid-19.

Doakan saya

Menerusi Instagram Story, PU Abu memohon doa daripada semua orang agar urusannya dipermudahkan dan diberikan kesihatan untuk cepat pulih daripada wabak berkenaan. Ujar PU Abu, dia baru sahaja menerima keputusan ujian saringan tersebut dan hasil ujian tersebut adalah positif.

Terdahulu, PU Abu meluahkan rasa risau dengan keadaan kesihatan ayahnya yang tidak berada dalam keadaan baik selepas terkena wabak Covid-19 tersebut. Jelas PU Abu, ayahnya sudah berada di tahap yang kelima dan doktor menjelaskan bahawa hati ayahnya sudah rosak sedikit.

Doa dari jauh

Selain netizen, bekas isteri PU Abu iaitu Hana Azra turut mendoakannya. Menurut Hana, dia dan anak-anak hanya mampu berdoa dari jauh buat PU Abu.

Sumber: PU Abu

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×