Pencetus Ummah (PU) Amin meluahkan rasa kesal dengan tindakan seorang pelawak wanita bertudung yang menghina Islam ketika melakukan persembahan stand up comedy di Crackhouse Comedy Club Kuala Lumpur.
Budaya hina agama Islam
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Amin berasa sedih dengan perbuatan berani mati wanita itu yang mengaku sudah menghafal 15 juzuk al-Quran tetapi sanggup menanggalkan pakaian baju kurungnya di depan khalayak penonton.
Tegas Amin, wanita beragama Islam itu jelas sudah menghina agama dan bertindak melampaui batas.
Sedih memang sedih sangat. Tak sangka ada manusia yang perangai macam ini. Sanggup mainkan tudung.. sanggup mainkan bicara dalam keadaan dia kata hafal al-Quran. Dia sanggup buka baju depan orang ramai dan tetamu pula bersorak. Apa nak jadi dengan umat kita?
Ini negara Islam. Kita semangat tengok Mat Kilau, semangat tengok perjuangan Islam. Hari ini ada orang main-mainkan agama Islam. Mana maruah kita?
Dalam pada itu, Amin memohon agar pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang kepada wanita terbabit dan juga pihak penganjur yang terlibat.
Apa yang kau buat tu akak akan disebabkan ditangkap kerana mainkan agama. Kepada kawan di luar sana, tolong jaga keturunan kita. Kepada pihak berkuasa, tolong tangkap cepat orang macam ini.
Kalau tak dibendung, akan merosakkan dan hina agama kita! Berhenti perangai macam ini!
Laporan polis dah buat
Sementera itu, menerusi hantaran di Facebook, Crackhouse Comedy Club KL mengutuk sekeras-kerasnya tindakan wanita yang telah menghina agama Islam.
Malah jelasnya, satu laporan polis mengenai insiden itu telah dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail dan katanya individu berkenaan telah dilarang untuk kembali ke Crackhouse Comedy Club.
Sumber: Instagram @pencetusummah_amin