Saksi ketiga perbicaraan kes amang seksual membabitkan pendakwah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman, memaklumkan kepada mahkamah bahawa tertuduh telah meminta anak lelakinya melumur minyak pada bahagian kemaluan remaja berkenaan.
Artikel Berkaitan: Tertuduh Ketuk Pintu Bilik Air & Minta ‘Main’ – Firdaus Wong
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Percaya..Seorang Ustaz Tak Akan Buat Benda Maksiat Seperti Ini’ – Bapa Mangsa
PU Azman didakwa lakukan gangguan seksual
Saksi berkenaan yang juga merupakan ibu mangsa memaklumkan demikian di hadapan Hakim Datin Surita Budin dalam prosiding di Mahkamah Sesyen, semalam. Wanita berusia 45 tahun ini mendakwa dia hanya mengetahui kejadian tersebut selepas diceritakan oleh anaknya.
Dakwanya lagi, dia mula mengetahui perbuatan terkutuk PU Azman atau nama sebenarnya, Azman Syah selepas didedahkan dalam satu pertemuan yang diaturkan oleh guru sekolah anaknya pada 27 Ogos 2022
Anak saya cakap dia tak menipu. Dia duduk di ruang tamu kemudian Azman suruh ambil minyak di bilik tingkat atas rumah. Dia minta anak sapukan minyak itu di bahagian kemaluannya (anak) sebelum minta memasukkan kepadanya (Azman).
Saksi turut memaklumkan menerusi perbualan di aplikasi WhatsApp antara mangsa dengan tertuduh, penceramah itu mahu menjadikan anaknya sebagai anak angkat.
Anak saya kata nak pergi rumah Azman saja-saja. Dalam perbualan WhatsApp, dia nak jadikan anak saya sebagai anak angkat. Mulanya saya tak percaya sebab Azman seorang selebriti, tetapi anak saya meyakinkan (membenarkan) untuk ke rumah Azman.
Terdahulu iaitu pada 12 Oktober 2022, PU Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau.
Kesalahan itu dilakukan di tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan, Nilai pada 6 Julai tahun lalu. Selain itu, tertuduh tidak mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan lain berhubung kesalahan jenayah seksual di Mahkamah Ampang, Klang dan Shah Alam.
Sumber: Harian Metro, Sinar Harian