Sepotong video memaparkan pendakwah, PU Rahmat Ikhsan menyantuni seorang wanita yang juga mangsa banjir di Aceh, Indonesia telah mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet.

Artikel Berkaitan: PU Rahmat Puji Inisiatif Air Asia, Langkah Mesra Wanita Islam – ‘Tahniah Atas Keizinan Memakai Tudung’

Artikel Berkaitan: PU Rahmat Rahsiakan Penyertaan Misi GSF Daripada Ibu – ‘Abang Minta Maaf, Janji Tak Tipu Mama Lagi’

‘Saya sebak’

Menerusi hantaran di TikTok, Rahmat memaklumkan wanita berkenaan mengajaknya melihat keadaan rumahnya yang rosak teruk selepas dilanda banjir.

Rahmat berkata hatinya begitu tersentuh apabila melihat keadaan kediaman wanita itu, lebih-lebih lagi apabila dia hanya mampu menghulurkan tiga bungkus nasi kepadanya.

Seorang ibu di Aceh datang kepada saya dan ajak melihat rumahnya. Saya hanya mampu berikan tiga bungkus nasi dan saya sebak apabila dia menceritakan keadaan cucunya yang lapar.

Rahmat turut bertanyakan jenis bantuan yang diinginkan oleh wanita terbabit, namun dia menjawab bahawa tiada apa-apa yang diminta. Sebaliknya wanita itu reda menerima apa sahaja bentuk pertolongan yang diberikan.

Tambah luluh hati saya apabila ditanya mahu bantuan apa, dia jawab tidak tahu, mungkin kerana sudah terlalu tertekan.

Terdahulu, Rahmat bersama beberapa sukarelawan dari Malaysia menghabiskan masa tiga hari dua malam di Aceh untuk meninjau keadaan dan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Selain Aceh, beberapa kawasan di Sumatera, Indonesia turut terjejas teruk dengan laporan paras air mencecah sehingga bumbung rumah, menyebabkan ramai penduduk kehilangan tempat tinggal dan bekalan makanan.

Sumber: TikTok