berita

PU Riz Belanja ‘Punch Line’ Bersemut Dekat MLM, Peminat Cakap Bertuah Neelofa – ‘Kenapa Nak Suka Kalau Boleh Mencintai?’

December 4th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sejak akhir-akhir ini, pendakwah bebas juga selebriti, Muhammad Haris Mohd Ismail dilihat kembali aktif di industri hiburan. Haris atau dikenali dengan PU Riz membuat kemunculan di sebuah program iaitu Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 pada malam Jumaat.

Bagi ‘punch line’ manis

@cikmanessss Pandai Pu Riz amik hati neelofa ?? #maharajalawakmega2021 #tobatmlm2021 #puriz #neelofa #fyp ? original sound – Your crush

Haris menjadi cameo bersama kumpulan Taubat yang dianggotai oleh Ajak, Ropie dan Bell Ngasri. Menerusi rakaman yang dimuat naik di akaun TikTok @cikmanessss, Haris ‘menghidangkan’ punch line yang tak disangka ramai ketika siaran langsung.

Dalam sketsa itu, Ajak menyebut nama usahawan dan selebriti Neelofa yang merupakan isteri kepada Haris.

Ajak: Dekat sini yang banyak menderma adalah Hajah Neelofa.

Haris: Tolong jangan sebut nama dia! Saya tak suka.

Ajak: Kenapa tak suka?

Haris: Kenapa nak suka kalau boleh mencintai?

Walaupun jelas menahan diri daripada malu, rata-rata penonton kelihatan terhibur dengan Haris.

Seronok tengok bini orang

Pelakon berumur 26 tahun ini juga sempat menyakat Ropie yang seronok ketawa sehinggakan terangkat kaki.

Dalam pada itu, pemenang Gandingan Serasi Filem Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 menerusi filem Ada Apa Dengan Dosa spontan memberi peringatan ‘halus’ kepada kaum Adam.

Hey tu bini aku, bukan bini mung. Allah.. Ni la orang lelaki seronok tengok bini orang, balik tengok bini sendiri la.

Sumber: TikTok @cikmanessss

SKIP THIS AD ×