berita

PU Riz Nak Saman Individu Fitnah Produk Inai – ‘Saman Malu Akan Dikeluarkan Segera!’

August 10th, 2022 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Di Facebook, PU Riz memberitahu dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang wanita yang dipercayai ingin menjatuhkan perniagaan inai yang diusahakan olehnya bersama isteri, Noor Neelofa.

Artikel berkaitan: Neelofa Berang ‘Diana’ Kacau Video Live – ‘Tolong Block, Serabut Betul Komen Dia’

Saman malu akan dikeluarkan

Menurut PU Riz dia mempunyai beberapa fakta kes berhubung apa yang telah berlaku beberapa hari ini. Ujar PU Riz, wanita tersebut dikatakan telah menulis kenyataan di media sosial mengenai perasaan sedih dan kecewa kononnya pihak Nunha.co menipu dan menganiaya pelanggan dengan meletakkan beberapa paksaan.

Lebih teruk, PU Riz berkata wanita itu dikatakan telah mengeluarkan gambaran buruk terhadap produk yang dihasilkan dan seolah-olah menyatakan produk berkenaan tidak laku. Jelas PU Riz, menipu dan menganiaya orang bukan slogan perniagaannya.

Dan suka saya sebut di sini semua kesilapan kilang telah kami gantikan dengan bentuk wang ringgit dan penghantaran secara percuma. Kita beri peluang kepada pelanggan untuk buat bayaran cash atau online dan sekirannya cash tidak melebihi 20% majoritinya. Paling saya sakit hati dan tidak gemar, skeptikal terhadap produk seolah-olah tak boleh jual, sedangkan sehingga hari ini orang datang restock semua.

Di akhir posting, PU Riz menyatakan bahawa pihak pengurusan telah melakukan pelbagai usaha untuk memberikan yang terbaik buat pelanggan. Tambah PU Riz, pihaknya akan meletakkan link kepada setiap nombor telefon di aplikasi Whatsapp dan Instagram bagi membantu para pelanggan.

Sumber: PU Riz

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×