Pendakwah bebas, PU Riz berkongsi nukilan yang ditulis tentang kebahagiaan memiliki anak-anak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ameera Tutup Dulu’ – PU Riz Tegur Adik Ipar Terselak Tudung, Netizen Puji Nasihat Diberi Dengan Sopan & Lembut
Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Nampak ‘Baby Bump’, Neelofa & PU Riz Bakal Timang Anak Ketiga? – ‘Abbas Akan Jadi Abang’
Coretan Haris
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail berkongsi gambar anak-anaknya yang disimpan di dalam dompet.
Menurut PU Riz, selain rasa cinta dan taat terhadap Allah SWT, manusia juga akan menyayangi keluarga mereka.
Sengaja diceritakan di sini, kita kalau kusut atau dukacita menyelubungi sudah tentulah tatapan pada ayat suci cinta Allah yang dicari.
Dahulu..setelah itu, kalau perasan banyak yang Allah suruh jaga kebiasaannya benar-benar memberi kesan pada diri kita manusia. Contohnya jaga keluarga.
Dalam masa yang sama, pendakwah berusia 29 tahun itu berkata, setiap ibu bapa pasti akan menghadapi cabaran semasa membesarkan anak-anak terutama ketika mereka masih kecil.
Dulu pernah viral mengenai kaedah child-free marriage (kahwin tanpa ingin anak), tapi kalau difikirkan betul-betul, bahagia ada anak ini. Alhamdulillah.
Sewaktu belasan tahun dulu, kita tengok bapa saudara, mungkin juga kakak kita atau kawan kawan yang melangsungkan ikatan perkahwinan.
Sedikit takut bila dah ada anak nak kena tukar pampers, basuh poo poo, nak kena bangun malam buat susu, nak kena swing dan selalu switch on mood happy bila dengan anak dan bermacam macam cabaran positif yang ditempuhi.
Nampak tu lelah mak ayah.
Demi anak-anak
Walau bagaimanapun, sebagai seorang bapa, sudah semestinya segala tanggungjawab tetap akan digalas malah akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi keperluan anak-anak.
Tapi alangkah bahagianya kalau kita ketahui juga dari hari pertama dia dalam pangkuan kita hati kecil kita akan kata MasyaAllah tenang benar melihat wajah ini.
Abah janji apa sahaja yang anak anak abah perlukan untuk kebaikan abah pasti laksana. Satu sudut perasaan yang dahulunya takut bertukar menjadi indah serta merta.
Dalam masa yang sama, PU Riz berkata, rasa tanggungjawab juga akan timbul dalam diri anak-anak untuk membalas jasa ibu bapa terutama ketika mereka tidak lagi berdaya.
Sebagai bapa muda, kita sendiri lebih sedia kalaulah kata, perlu kita membersihkan kotoran yang ibu bapa kita akan hadapi suatu hari nanti bila mereka tidak lagi mampu.
Ianya satu kitaran yang baik dan impak nilai manusiawi lebih dirasai. Percayalah, insyaAllah akan wujud rasa ini setelah jadi bapa.
Kebahagiaan anak-anak
Suami kepada usahawan dan selebriti Neelofa itu juga tidak menafikan kebahagiaan seseorang akan datang menerusi momen-momen bersama cahaya mata mereka.
Akhir ungkapan, satu sisi kebahagiaan yang mungkin pada usia 30an 40an disangka malap pasti terang benderang kembali.
Mana taknya kalau anak kita yang 3 4 tahun ini suruh kita jadi kuda terus duduk jadi kuda la kita. Silap-silap suara kuda pun kita buat tanda cinta seorang ayah dan ibu pada anak-anaknya.
Buatlah sesuatu yang boleh meningkatkan sifat kedewasaan kita untuk Allah, pasti diri ini akan lebih menyelami apa yang tidak kita rasai suatu ketika dahulu.
Imbas kembali, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 3 dan Abdullah Abbas, setahun.
Sumber: TikTok PU Riz