Pendakwah terkenal, PU Riz dengan bangganya mengumumkan pembukaan cawangan kedua pusat estetik berasaskan syariah iaitu AiRiz Aesthetic Centre di Kota Bharu, Kelantan.
Kejayaan pembukaan cawangan kedua ini menunjukkan bahawa AiRiz Aesthetic Centre yang diasaskan bersama pakar estetik, Dr. Aizul Hafizi, berupaya untuk memperkukuhkan lagi reputasinya sebagai destinasi utama bagi rawatan kecantikan dan estetik yang mematuhi prinsip Islam.
Artikel Berkaitan: PU Riz Dilantik Jadi Duta Wakaf Masjid Al-Makmuriah Kelantan – ‘Sasaran Program Ini Memang Golongan Anak Muda’
Cawangan kedua
Terletak di Jalan Atas Bonggol, Kota Bharu, Kelantan, cawangan kedua AiRiz Aesthetic Centre ini akan sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan estetik premium kepada lebih ramai pelanggan, selari dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap rawatan kecantikan yang selamat, berkesan, dan patuh syariah.
Menurut PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail AiRiz Aesthetic Centre akan berusaha sedaya upaya dalam menyediakan rawatan estetik terkini yang diiktiraf secara perubatan dan halal.
Kenapa di Kelantan? Saya tengok apa yang unik di Kelantan ini adalah kesungguhan orang ramai. Kalau macam dia nak buat satu benda itu memang ada keinginanlah.
Kita tengok di sepanjang jalan-jalan di sini pun, berapa ramai orang Kelantan yang berniaga dan penerimaan pada perniagaan yang kecil-kecil itu mendapat sokongan baik. Saya rasa di Kelantan yang mana kalau ikut ‘survei’ dalam 10 hingga 15 kilometer radius dari sini kuranglah pusat estetik itu.
Jadi, dengan pembukaan cawangan kedua ini kami mahu terus komited menyediakan rawatan estetik terkini yang diiktiraf secara perubatan dan halal.
Di cawangan baru ini, pelanggan akan dapat menikmati pelbagai rawatan kecantikan seperti peremajaan kulit, rawatan anti-penuaan, laser, rawatan pengurusan berat badan, dan banyak lagi, kesemuanya dilaksanakan oleh pasukan profesional yang berkelayakan tinggi.
Sementara itu, Dr. Aizul berpendapat bahawa kerjasama yang dilakukan bersama PU Riz ini dapat memberikan nilai tambah kepada perkhidmatan yang ditawarkan dengan cara menyuntik elemen pendidikan agama terhadap masyarakat Muslim yang ingin menjaga penampilan dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan nilai-nilai Islam.
Kami amat gembira dengan sambutan yang diberikan terhadap cawangan pertama AiRiz Aesthetic Centre.
Dengan pembukaan cawangan kedua ini, kami berharap dapat terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan membantu lebih ramai individu mencapai kecantikan secara sihat dan mematuhi syariah.
Secara peribadi, bila saya berniaga yang mana boleh katakan dah lebih daripada 10 tahun, memang saya menitik beratkan isu keberkatan. Jadi, keberkatan ini daripada apa yang kita berikan kepada orang itu mestilah memberikan satu manfaat.
Jadi, tidak memudaratkan itu datang daripada dua aspek daripada aspek kemahiran saya sebagai seorang doktor dan juga sijil saya dalam bidang estetik dan juga dibimbing juga dari segi patuh syariah daripada PU Riz sendiri,.
Disempurnakan ADUN Kota Lama
Lebih manis, pembukaan cawangan kedua AiRiz Aesthetic Centre disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim.
Menurut Dr Hafidzah, pembukaan pusat astetik yang diusahakan usahawan muda boleh dianggap sebagai satu bentuk perniagaan masa hadapan.
Kedatangan usahawan muda, saya gelarkan mereka ini usahawan muda membuka satu bidang perniagaan yang disebutkan adalah satu perniagaan masa hadapan kerana mereka berani yang pertama dan mahu mengambil peluang yang begitu besar.
Itulah yang kita harapkan kerana dalam bidang estetik ini saya rasa kalau niatnya betul dan caranya betul kita memang boleh pergi ke depan kerana saya rasa apa yang kita mahu dalam apa-apa bisnes pun kalau dia mahu berdaya maju dan insya-Allah panjang nilai itu.
Pembukaan pusat estetik ini di sini juga selarilah dengan niat kita untuk menjadikan perniagaan di Kota Lama ni sebuah perniagaan yang membahagiakan orang yang berdaya saing kompetitif.
Kita boleh tengoklah harganya pun kompetitif sebab ‘not everything that is good comes cheap’.
Saya harap perniagaan ini yang menggabungkan satu pengkhususan kepakaran dan juga patuh syariah akan menjadikan satu-satunya perniagaan yang diberkati.