berita

PU Syed Seru Umat Islam Bantah Anjuran Konsert Blackpink – ‘Cukuplah Maksiat Yang Berleluasa Sekarang’

January 25th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Pencetus Ummah (PU), Syed tidak asing lagi apabila memilih menyebarkan dakwahnya melalui media sosial sama ada di Instagram (IG) mahupun di TikTok.

Artikel Berkaitan: PU Syed ‘Petik’ Aurat Isteri, Caprice Berang Bagi 24 Jam Untuk Minta Maaf

Artikel Berkaitan: ‘Perbuatan Dosa Itu Diraikan & Disorak-Sorak’ – PU Syed Tegur Aksi Wanita Dipeluk Afgan

Artikel Berkaitan: Bergurau Soal Neraka, PU Syed Tegur Uyaina Arshad – ‘Panas Seterika Baju Pun Dah Melompat Kesakitan’

Konsert mengarut…

Menerusi hantarannya di Instagram, konsert yang bakal dianjurkan itu dianggap tidak masuk akal olehnya. PU Syed menyeru semua umat Islam agar sama-sama berusaha membantah dan menentang sepenuhnya konsert yang bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sekat mereka dari hadir!! Cukuplah maksiat yang berleluasa yang berlaku sekarang…

Cara pemakaian, cara hidup, cara berhibur semakin hari semakin melampau!

Katanya, dia telah berusaha membantah segala jenis konsert sebegini sejak Oktober 2022. Tidak mengira kerajaan apa yang memerintah atau pihak mana yang mentadbir, pendakwah bebas itu akan meneruskan usahanya dalam membangkang anjuran yang dianggap mengarut padanya.

@pu_syedofficial

Kumpulan KPOP Black Pink akan dtg ke Malaysia. Ambe menyeru semua umat Islam agar sama² kita melakukan usaha membantah dan menentang sepenuhnya atas penganjuran konsert yg mengarut ini! Sekat mereka dari hadir!! Cukuplah Maksiat bermaharajalela berleluasa berlaku.. Cara pemakaian, cara hidup, cara berhibur semakin hari semakin melampau! Jika 2019 pernah dicadang nak bawa BTS..walaupun tak berjaya, kini Black Pink pulak!! Ambe dah lancarkan bantahan terhadap penganjuran ini sejak Okt 2022 lagi..tak kira Kerajaan mana yg mentadbir, pihak mana yg mengurus.. Bantah tetap Bantah!! Malaysia nak jadi Negara serba bolehkah!? Ayuh sama BantahKonsertBornPink!! PU Syed #AdeAmbeTakut

? Sanakhudu – Shakir Khan Rahmani

Sokongan daripada netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju untuk membantah konsert Blackpink tersebut demi menjaga maruah dan adat timur yang dibawa pada anak bangsa.

Sumber: Instagram @pusyed_official & TikTok @pu_syedofficial

SKIP THIS AD ×