berita

‘Ingatlah, Kita Dari Keturunan & Nasab Yang Mulia’ – PU Syed Tegur Pakaian Sharifah Sakinah

March 8th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, PU Syed telah membuat teguran secara terbuka terhadap isu pemakaian pelakon, Sharifah Sakinah. Menurut PU Syed, sebagai seorang wanita yang beragama Islam, pelakon tersebut seharusnya menyedari batas dan adab berpakaian.

Teguran terbuka

Bersandarkan mafhum hadis Baginda Rasul, ” Sesiapa yg melihat (tahu) satu kemungkaran, hendaklah dia cegah dgn tangannya (kuasa), jika tak mampu dgn lidahnya dan jika tak mampu dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman”.

Menurut PU Syed, pada 12 Januari 2019, dia pernah menghantar direct message (dm) untuk menasihati Sharifah Sakinah mengenai isu berpakaian. Namun, teguran tersebut dipercayai tidak sempat dibaca oleh pelakon tersebut. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk memberi teguran secara dm dan terbuka sekali lagi agar ianya menjadi pedoman buat semua.

Puan Sharifah Sakinah mempunyai seramai 2.4 juta pengikut di IG, manakala di sosial media yang lain saya tak tahu dan tak ingin untuk ambil tahu. Saya ingin TEGUR “perbuatan” puan, sekaligus dapat menegur followers puan yang ramai itu kerana pasti akan ada yang terikut dengan gaya hidup puan ini. Biarlah puan naik dan popular dengan disulami adab dan akhlak yang terpuji.

Puan Sharifah Sakinah, ingatlah, Kita dari keturunan yang mulia dari nasab yang mulia, maka perlu saya menegur untuk puan kembali ke atas jalan yang sebenarnya. Inilah cara kita sesama saudara utk menyelamatkan saudarnya dari terus hanyut dalam mehnah dan ujian duniawi. Belum terlambat untuk puan tunjuk sesuatu yang mulia kepada followers puan di luar sana.

Ujar PU Syed, Islam menggariskan adab berpakaian bagi seorang Muslim dan Muslimah. Hal itu pasti dipelajari semasa belajar subjek pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah. Namun apa yang Sharifah Sakinah pertontonkan kepada khalayak ramai itu sesuatu yang membawa kepada dosa. Tambahnya lagi, sekalipun hidup seseorang individu itu bebas, mereka perlu menyedari batas-batas agama sebagai umat Islam.

Doakan yang baik-baik

Done tegur . Im sorry, doakan yang baik baik

Susulan daripada teguran secara terbuka tersebut, Sharifah Sakinah memohon kepada semua dan berharap netizen mendoakan yang baik-baik buat dirinya.

Buat yang mudah dulu Sakinah. Pakai seluar panjang dulu lepastu baju pula. Lama-lama pasti akan terbuka hati. Kena mulakan dari sekarang. Saya suka cara awak terima teguran, makin matang. Saya doa asbab awak lebih berjaya akan datang.

Rata-rata netizen turut memberi pujian kepada Sharifah Sakinah kerana menerima teguran tersebut secara terbuka. Malah, mereka menganggap pelakon tersebut sangat matang.

Sumber: PU Syed & Sharifah Sakinah

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×