
Pendakwah bebas PU Syed tampil membuat teguran kepada pelakon Zarina Anjoulie yang didakwa mempromosikan perbuatan tidak bermoral.
Artikel Berkaitan: Kongsi Video Dipeluk Hot Daddy, Zarina Anjoulie Ajak Pengikut ‘Join Group’ Telegram & ‘Close Friend’
Artikel Berkaitan: Zarina Anjoulie Jumpa Hot Daddy, Netizen Tanya – ‘Mereka Buat Apa?’
Teguran PU Syed
Menerusi hantaran di Instagram, PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak menyelar perbuatan Zarina atau Anju yang didakwa mengajak orang ramai melakukan maksiat.
Artis-artis yang selalu buat onar dalam negara atau di luar negara ini kadang-kadang perlu dihukum dengan dipenjarakan atas perbuatan mereka berbangga menayang perbuatan mungkar mereka di media sosial.
Pelakon ini pernah saya tegur, terutama semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, ingatan kepada dia dan yang lain.
Kalian tidak perlulah mempromosikan maksiat kepada masyarakat kerana perbuatan ini dilarang tegas dalam agama.
Dalam masa yang sama, PU Syed turut berkongsi hadis Rasulullah SAW tentang perbuatan buruk.
Baginda Nabi Muhammad SAW pernah bersabda antara mafhumnya:
“Sesiapa yang menciptakan atau memulakan sunnah yang buruk dalam Islam akan menanggung dosanya sendiri dan dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosa orang yang mengikuti” (Hadis riwayat Imam Muslim).
Ini bermaksud, perbuatan buruk yang dimulakan akan terus mendatangkan dosa bagi yang memulakannya, walaupun orang lain yang melakukannya.
Perkara negatif
Sementara itu, PU Syed menegaskan bahawa tindakan aktres tersebut antara perkara yang ditegah dalam Islam.
Perbuatan membuat naik gambar berpelukkan bersama dengan seorang lelaki yang sebelum ini aktif membuat video-video porno adalah satu yang tidak bagus.
Tidak bagus asbab bukan mahram, kena ada batas halal dan haram. Perbuatan ini sangat jelek dan amat dilarang dalam agama.
Mohon pihak berautoriti untuk respon tentang perkara ini, semakin dibiar semakin parah.
Terdahulu, Anju memuat naik sebuah video bersama seorang individu yang dikenali sebagai Hot Daddy dan di ruangan kapsyen aktres itu mengajak pengikutnya untuk melanggan saluran Telegram yang dikendalikan.
Namun begitu, Anju tidak mendedahkan secara terperinci kandungan yang ditawarkan dalam saluran Telegram berkenaan.
Dalam pada itu, Anju turut membuka peluang kepada mana-mana pengikutnya yang berminat untuk menyertai kumpulan ‘close friends’ di Instagram dengan mengenakan bayaran sebanyak RM1,000.
Untuk info, Hot Daddy pernah dituduh pada tahun 2024 atas kesalahan mengiklankan perkhidmatan persundalan di platform media sosial X dan menjual rakaman video tidak bermoral.
Bagaimanapun, pada Disember 2024, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Hot Daddy dan dua rakannya berhubung kes tersebut.
Sumber: IG PU Syed