Cemburu melihat kejayaan yang dikecapi seseorang, ada sesetengah individu sanggup menggunakan cara kotor untuk menjatuhkan orang lain. Individu tidak bertanggungjawab ini menggunakan sihir yang dihantar melalui pos sahaja.
Seperti kisah yang dikongsi Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin ini, hubungan suami isteri mula menjadi tegang selepas mereka menerima bungkusan berisi kain kuning, beras dan jarum. Si isteri juga kerap sakit kepala dan hilang keyakinan diri selepas muka berjerawat teruk.
Buka kertas bungkusan, wangi
Sekadar gambar hiasan
Sepasang suami isteri yang baru berkahwin 6 bulan diganggu makhluk halus. Gangguan tersebut membuatkan mereka suami isteri kerap bergaduh walaupun perkara kecil.
Pasangan suami isteri ini adalah bisnes online di katakan berjaya juga..Di dalam Instagram dan Facebook mempunyai followers ratusan ribu yang ramai. Isteri beliau kerap membuat live setiap kali menjual barang di FB dan Instagram live. Syukur alhamdulillah barang yang mereka niaga kan maju, rezeki melimpah ruah.
Satu hari mereka mendapat satu bungkusan misteri. Dalam bungkusan tersebut bila dibuka hanya kertas surat khabar ada kain kuning dan bungkusan putih dalamnya ada beras dan jarum. Ketika membuka kertas tersebut ada bau minyak wangi yang sangat wangi. Bungkusan tersebut di buka oleh isteri beliau. Sejak membuka bungkusan itu, isteri beliau jadi sakit. Kerap sakit kepala, muka jadi berjerawat teruk. Sejak tu beliau malu hendak buat live sebab muka jerawat keluar banyak. Macam-macam produk pakai tetap sama malah lebih teruk lagi.
Sejak dari tu beliau dah jadi hilang keyakinan diri, kurang buat live, rezeki dah mula kurang. Hubungan suami isteri dah jadi tegang benda kecil boleh bergaduh. Hutang banyak nak bayar, kereta sampai kena tarik. Rezeki mereka jatuh teruk bila perniagaan mereka jatuh. Di atas nasihat kawan-kawan datang buat rawatan.
‘Puas hati aku! Padan muka!’
Sekadar gambar hiasan
Ketika masuk bilik rawatan. Bila di ruqyah isteri pengsan dalam 5 minit. Bila sedar terus ketawa besar. Terus beliau bercakap berulang kali. ‘Puas hati aku!! Puas hati aku!! Puas hati aku!!! Padan muka dia ini !! Padan muka dia ini!!! ….Hahahaha…’ Manakala suami beliau tidak kawal diri muntah keluar dengan banyak. Mereka suami isteri disihir. 20 minit juga berusaha untuk keluarkan gangguan tersebut. Alhamdulillah atas izin Allah suami isteri tersebut dapat diubati.
Bila mereka selesai rawatan baru lah mereka sedar mereka terkena gangguan makhluk halus. Sebelum ini mereka sukar hendak percaya benda halus. Tetapi sejak akhir-akhir ini masak nasi dalam rumah kerap basi, kerap nampak kelibat dalam rumah, susah tidur malam. Hubungan suami isteri cepat panas, jadi malas nak berkerja, kerap tidur siang, malam susah tidur, kerap mimpi budak, mimpi orang nak bunuh, mimpi bintang berbisa, mimpi tempat kotor, mimpi mati, mimpi terbang dan macam-macam lagi.
Disebabkan gangguan ini apa yang mereka buat semuanya serba tak menjadi. Ada bisnes habis jatuh teruk. Isteri hamil 3 kali gugur. Macam-macam dugaan mereka. Moga cerita ini dapat jadi pengajaran buat kita semua.
Hati-hati dalam menerima bungkusan dari orang yang kita tak kenali. Jika kita tiada beli barang, sebelum buka barang, jika kita rasa curiga di dalam bungkusan itu sebelum buka mudah sahaja. Baca Al Fatihah 1 kali Al Ikhlas 3 kali dan berdoa pada Allah. Ya Allah jauhkanlah dari hasad dengki manusia Aamiin.
Jika ada yang cuba sihir melalui barang InshaAllah izin Allah akan di lindungi Allah. Beringat sebelum kena, kalau dah kena kesannya dalam kehidupan amat sukar untuk di lalui. Hanya mereka yang pernah rasa sahaja yang akan faham dan mengerti.
Moga dijauhkan berlaku pada diri kita dan family kita Aamiin Ya Mujiib.
Sumber : Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin