berita

Cashier Ditampar Pelanggan Gara-Gara Minyak Masak?

January 9th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Viral di Facebook sebuah video menunjukkan seorang lelaki menampar bahagian kepala wanita di kedai runcit. Di dalam video yang berdurasi 13 saat itu, mereka dilihat seolah-olah bertelagah sebelum lelaki tersebut menghampiri lalu memukul.

Video viral

Berita Harian melaporkan lelaki tersebut bertindak menampar dan mengugut juruwang gara-gara tidak dapat membeli tiga paket minyak masak.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan, mangsa yang berumur 29 tahun memberitahu hanya dua paket minyak dihadkan kepada setiap pelanggan.

Angkara minyak masak?

Tidak berpuas hati dengan teguran itu, suspek terus menampar belakang kepala mangsa.

Bagaimanapun, lelaki terbabit berang dengan teguran itu dan dia terus menampar belakang kepala mangsa dan mengugut mangsa supaya berjaga-jaga sebelum beredar.

Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup mendapati memang berlaku kejadian seorang lelaki mengamuk dan memukul belakang kepala mangsa.

Tambah Anbalagan lagi, mangsa bertindak melaporkan kepada polis kerana takut dengan ugutan selain mengalami sakit di bahagian belakang.

Menurutnya, polis kini sudah mengenal pasti suspek dan akan menahannya dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan.

Sumber : Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×