berita

Pukul Isteri Hamil Hingga Koma, Suspek Sudah Ditahan Polis

June 11th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai kes yang membabitkan seorang wanita hamil yang disyaki dipukul oleh suaminya sendiri hingga mengalami kecederaan parah.

Artikel Berkaitan: Polis Edar Gambar Saksi Utama Kes Belasah Isteri Hamil Sampai Masuk ICU

Artikel Berkaitan: 27 Hari Bertarung Nyawa Di Hospital, Wanita Hamil Dibelasah Suami Masih Koma, Mungkin Hilang Ingatan

Berikutan daripada insiden itu, pihak polis telah mengedarkan gambar lelaki yang dikenali dengan nama Rosmaini Abd Raof bagi memudahkan orang ramai untuk memberikan maklumat tentang keberadaan suspek.

Suspek sudah ditahan

Menurut Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Dev Kumar, pada hari ini iaitu sekitar jam 11 pagi, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman akhirnya berjaya menjejaki dan menahan suspek di Taman Bukit Angsana, Kuala Lumpur.

Suspek yang ditahan kemudian diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan hari ini untuk tindakan selanjutnya.

Berdasarkan laporan sebelum ini, mangsa yang mengalami kecederaan parah pada bahagain kepala itu sudah dibenarkan discaj setelah 27 hari bertarung nyawa di hospital tetapi doktor memaklumkan kemungkinan wanita itu akan mengalami hilang ingatan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×