berita

Pukul Polis Guna Cota Besi, ‘Samseng Jalanan’ Berdepan 4 Pertuduhan Termasuk Dadah

April 20th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pasir Mas atas pertuduhan mencederakan seorang anggota polis. Video viral di laman sosial menunjukkan tertuduh memukul mangsa yang tersepit di pintu kereta menggunakan cota besi dipercayai kerana berang keretanya dipotong.

Mohon dibicarakan

Foto: Harian Metro

Memetik laporan Harian Metro, dalam kejadian yang berlaku di Jalan Kampung Atas Pinggir, tertuduh, Mohd Zamri Mustafa berdepan dengan empat kesalahan. Bagi kesalahan pertama, dia didakwa membawa senjata tanpa kebenaran iaitu sebatang cota besi.

Di atas pertuduhan tersebut, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 iaitu dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun.

Walau bagaimanapun, tertuduh tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan.

Empat pertuduhan

Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada seorang lelaki iaitu Mohd Ridwan Mohd Rosli menggunakan cota besi. Bagi pertuduhan ini, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Untuk pertuduhan ketiga dan keempat pula, tertuduh didakwa atas kesalahan mengambil dadah jenis methamphetamine dan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kecederaan pemandu kereta yang lain.

Mahkamah walau bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan sebutan kes semula akan dijalankan pada 17 Mei. Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Yusoff Abdullah dan pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hakimie Ab Hadi dan tertuduh diwakili peguam.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×