Mangsa pelabur mata wang kripto Lavida Coin
Seramai 41 mangsa pelabur mata wang kripto milik Datuk Seri Vida iaitu Lavida Coin mengemukakan tuntutan kerugian berjumlah RM59 juta terhadap usahawan kosmetik itu.
‘Kami dimarahi, tidak dilayan’
Menurut mereka, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman gagal memberikan keuntungan yang dijanjikan serta mengembalikan wang pelaburan yang dibuat sejak lima tahun lalu iaitu pada tahun 2018. Bukan itu sahaja, Vida dan pembantu peribadinya juga bertindak menyekat akaun WhatsApp kesemua mangsa.
Kami ada tanya di media sosialnya semasa dia buat ‘live’ berkenaan wang kami. Namun, kami dimarahi dan tidak dilayan. Paling dikesali apabila dia buat tidak tahu berkenaan wang kami.
Mereka masing-masing buat tak tahu. Dia boleh derma dan sedekah tapi kenapa enggan pulangkan wang kami. Tolonglah, kami perlukan wang untuk meneruskan kehidupan.
Sehubungan dengan itu, kesemua mangsa bersepakat untuk memfailkan writ saman terhadap Vida serta tiga orang rakan kongsinya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Menurut peguam Mohammad Izwan Azmi yang mewakili kesemua plaintif, writ saman dan tuntutan telah diberikan kepada Vida di Empire Beauty DSV, Angsana Mall, Ipoh, Perak pada 15 Disember 2022.
‘Saya sendiri tidak tahu..’
Susulan daripada isu tersebut. Vida mendakwa tidak tahu-menahu dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu terbabit. Tambah Vida lagi, dia menyerahkan semuanya kepada peguam memandangkan isu ini melibatkan undang-undang.
Saya sendiri tidak tahu secara terperinci apa tuntutan mereka. Malah, saya baru sahaja tahu hal ini selepas dimaklumkan beberapa pihak.
Saya dah lama dalam industri perniagaan dan sosial media. Saya tahu memang saya ramai musuh. Jadi, tak mustahil ada orang yang cuba nak jatuhkan saya. Mungkin mereka sakit hati atau cemburu.
Vida juga tidak menolak kemungkinan apa yang berlaku ini disebabkan ada pihak yang cuba menjatuhkan namanya. Dalam masa yang sama, Vida akui terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan pihak terlibat sekiranya mereka mahu bersemuka.
Sumber: Harian Metro, Kosmo